PEKEMAS akan menganjurkan "Majlis Malam Mesra Blogger Siam & Ahli-ahli Forum 2010" di Pusat Kebudayaan Masyarakat Siam, Kg. Wat Padang Peliang, Pendang, Kedah pada 13.2.2010 (Sabtu) mulai jam 8.00 malam.
Majlis tersebut diadakan bagi menghimpunkan sebanyak mungkin para blogger Siam dan ahli-ahli forum Website rasmi Pekemas untuk berinteraksi dan bermesra bagi mengeratkan perhubungan di kalangan blogger2 keturunan Siam.
Perjumpaan ini ala santai seperti aktiviti keluarga. Pihak kami akan sediakan peralatan BBQ, SOMTAM dan set karaoke untuk berhibur sepanjang program. Kepada mereka yang lebih suka untuk bersembang dan bertukar pandangan, kami juga sediakan ruang untuk mereka.
Pihak kami tidak keluarkan sebarang kad jemputan. Mana-mana blogger yang terbaca maklumat ini, dijemputlah datang. Anggaplah semua orang adalah tuan rumah dan jemputlah kawan2 datang bersama. Team kebudayaan negeri Perlis seramai 20 orang juga bersetuju datang join bersama kami.








