Persatuan Kebudayaan Masyarakat Siam Negeri Kedah (PEKEMAS)

KEBUDAYAAN TERAS PERPADUAN

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home

Mesyuarat Program Suarasa TV9

E-mail Print PDF

Saya selaku Pengerusi Pekemas akan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penganjuran Program Suarasa TV9 di Bilik Mesyuarat Perpustakaan Awam negeri Kedah pada 20.10.2009 jam 3.00 petang. Pihak kami akan cuba sedaya upaya untuk mempromosikan kebudayaan Siam di peringkat negeri dan kebangsaan.

Last Updated ( Wednesday, 10 March 2010 13:44 )
 

Program Cuti-cuti Malaysia Peringkat Kebangsaan.

E-mail Print PDF

Pekemas telah diminta untuk menyediakan seramai 20 orang penari bagi menyertai Program Cuti-cuti Malaysia Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur pada 6 Disember 2009 ini. Program tersebut akan dirasmikan oleh isteri YAB Perdana Menteri.

Pihak Pekemas sedang mengumpul penari-penari dan latihan tarian akan diberikan oleh jurulatih yang terlatih. Semoga penampilan team Pekemas kali ini dapat mempromosikan kebudayaan kita di peringkat Kebangsaan seperti Citrawarna yang lepas.

Last Updated ( Tuesday, 20 October 2009 11:36 )
 

Pesta Loy Krathong 2009 di Wat Padang Peliang.

E-mail Print PDF

Pesta Loy Krathong 2009 akan dianjurkan di Wat Padang Peliang, Pendang, Kedah pada 2 November 2009. Hasil penganjuran pesta tersebut akan dimasukkan ke dalam Tabung Sekolah Bahasa Thai. Jemputlah datang beramai-ramai ke pesta tersebut. Kemungkinan besar ada band untuk anda semua berhibur pada malam tersebut dengan percuma.

 

Mesyuarat JKuasa PMS:1Malaysia Peringkat Negeri Kedah

E-mail Print PDF

Saya selaku Pengerusi Pekemas telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) 1 Malaysia Peringkat Negeri Kedah Darul Aman 2009 di Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Kedah pada 19 Oktober 2009.

Pekemas diberi tanggungjawab untuk menyediakan pameran kebudayaan Siam, demontrasi masakan Siam, persembahan Menora dan persembahan gendang panjang. Harap-harap kami mampu laksanakan tugas ini demi untuk menaikkan imej masyarakat Siam di Kedah.

Last Updated ( Tuesday, 20 October 2009 11:22 )
 

Jangan merosakkan kebudayaan kita.

E-mail Print PDF

Perayaan Loy Krathong adalah merupakan salah satu kebudayaan masyarakat Siam. Tarikh menyambut perayaan ini telah ditetapkan oleh nenek moyang sejak beribu-ribu tahun dahulu iaitu setiap 15hb 12 setiap tahun atau Wan Phen Khen 15 Kham Dean 12 (mengikut kalender lunar Siam) bersamaan dengan 2 November 2009 pada tahun ini.

Program yang dianjurkan pada tarikh lain selain daripada 2 November 2009 dianggap sebagai tidak menghargai nilai-nilai kebudayaan kita. Tindakan tersebut juga dianggap cuba merosakkan kebudayaan demi untuk kepentingan politik dan keuntungan semata-mata.

Oleh itu, saya selaku pemimpin Pekemas yang memperjuangkan kemajuan kebudayaan Siam di negeri Kedah, saya merayu kepada semua penganjur-penganjur Pesta Loy Krathong 2009 terutamanya pemimpin-pemimpin masyarakat Siam dan juga pihak wat Siam supaya tidak mencemarkan nilai-nilai murni kebudayaan kita yang diamalkan sejak turun-temurun.

Marilah kita menyambut perayaan LOY KRATHONG 2009 yang jatuh pada tarikh 2 November 2009 ini. Sathu.. Sathu.. Sathu...

Last Updated ( Sunday, 04 October 2009 17:37 )
 


Page 3 of 8
Logo

Undi

Wajarkah tarian tradisional Siam dipersembahkan oleh kaum lain di majlis-majlis rasmi kerajaan tanpa memberi peluang kepada kaum Siam.
 

Terkini di Forum

Siapa Online

We have 6 guests online

Berita Semasa

Presiden Pekemas akan mewakili masyarakat Siam menghadiri mesyuarat tentang perbincangan Bajet Negara 2011 di Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya pada 19 Julai 2010. Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh YB Timbalan Menteri Kewangan Malaysia I.