Persatuan Kebudayaan Masyarakat Siam Negeri Kedah (PEKEMAS)

KEBUDAYAAN TERAS PERPADUAN

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home

Mesyuarat Agung MKNK.

E-mail Print PDF
Pekemas merupakan ahli gabungan Majlis Kebudayaan Negeri Kedah (MKNK) akan menghadiri Mesyuarat Agung MKNK yang akan diadakan di Auditorium Perpustakaan Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah pada 1 Oktober 2009 jam 3.00 petang. Pekemas akan menghantar 5 orang wakil ke mesyuarat agung tersebut.
 

Melawat setiausaha Pekemas sakit.

E-mail Print PDF
Pada 28 September 2009, jam 7.00 malam, seramai 5 orang wakil Pekemas yang diketuai pengerusinya membuat lawatan ke rumah Sdr. Pricha a/l Choo Beng, Setiausaha Pekemas di rumah mertuanya, di Kg. Olak Madu, Sidam Kiri, Sungai Petani, Kedah. Beliau telah dibedah kerana apendik pecah dalam perut pada 7 September 2009. Sekarang beliau dah beransur pulih. Sebagai kawan dan team work dalam Pekemas, kita mesti mengambil berat antara satu sama lain.
Last Updated ( Thursday, 01 October 2009 08:49 )
 

Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Mangsa Ribut.

E-mail Print PDF

Persatuan Siam Kedah (PSK) akan menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan kepada mangsa-mangsa ribut di Wat Kampung Batu Seketul, Sik, Kedah pada 26 Ogos 2009 mulai jam 9.00 pagi. Bencana ribut tersebut melanda perkampungan Siam di Kampung Batu Seketul pada 19 Ogos 2009 jam 6.30 petang. Seramai 38 keluarga dan sebuah wat Siam terlibat.

Saya selaku Setiausaha PSK menyeru kepada semua pengerusi JKKKP Kampung Siam seluruh negeri Kedah, semua ahli-ahli PSK dan seterusnya semua masyarakat Siam negeri Kedah dapat hadir beramai-ramai ke majlis tersebut.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah YB Datuk Paduka Ahmad Bashah Bin Hanapiah, ADUN Bakar Bata merangkap Timbalan Pengerusi Badan perhubungan UMNO Negeri Kedah, YB En. tajudin Bin Abdullah, ADUN Belantek merangkap Ketua UMNO Bahagian Sik dan Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah.

Dari Manit a/l See Nam, Pengerusi Pekemas merangkap Setiausaha PSK

Last Updated ( Tuesday, 25 August 2009 15:51 )
 

Majlis Penyerahan Peruntukan Loy Krathong Kepada Wat-wat Siam.

E-mail Print PDF

Majlis Penyerahan Peruntukan Loy Krathong sebanyak RM43,000 kepada wat-wat Siam seluruh negeri Kedah akan diadakan di Wat Titi Akar, Pendang, Kedah pada 25.9.2009 jam 3.00 petang. Semua pengerusi Jawatankuasa Wat seluruh negeri Kedah dijemput hadir.

Edit pada 1 Oktober 2009

Majlis tersebut telah berjaya diadakan. Seramai 34 wakil daripada wat Siam seluruh Kedah hadir untuk menerima peruntukan tersebut. Manakala 9 wat lagi tidak hadir. Lebih kurang 100 orang pemimpin masyarakat Siam seluruh Kedah termasuk JKKKP dan MKK hadir ke majlis tersebut. Pekemas akan bertindak neutral dalam bidang politik dan tidak akan menyebelahi mana-mana parti politik. Pihak mana yang memberi sesuatu dari segi kebajikan dan pembangunan kepada masyarakat Siam melalui Pekemas, pihak kami akan menerimanya.

Last Updated ( Thursday, 01 October 2009 08:55 )
 

Menziarah majlis kematian emak kepada Timbalan Pengerusi PSK.

E-mail Print PDF

Emak En. Nop Nai Samrong telah meninggal dunia pada 23 Ogos 2009. Majlis kematian akan disempurnakan di Kg. Simpang Empat, Baling, Kedah pada 27 Ogos 2009. En. Nop Nai Samrong merupakan Timbalan Pengerusi PSK dan salah seorang pengasas PSK.

Semua barisan Jawatankuasa PSK akan menziarahi majlis kematian emak kepada En. Nop Nai Samrong pada 26 Ogos 2009 jam 7.00 malam. Saya selaku Setiausaha PSK menjemput semua AJK dan ahli-ahli PSK untuk hadir beramai-ramai bagi memberi penghormatan terakhir.

Dari, Manit a/l See Nam, Pengerusi Pekemas merangkap Setiausaha PSK

Last Updated ( Sunday, 13 September 2009 15:56 )
 


Page 4 of 8
Logo

Undi

Wajarkah tarian tradisional Siam dipersembahkan oleh kaum lain di majlis-majlis rasmi kerajaan tanpa memberi peluang kepada kaum Siam.
 

Terkini di Forum

Siapa Online

We have 3 guests online

Berita Semasa

Presiden Pekemas akan mewakili masyarakat Siam menghadiri mesyuarat tentang perbincangan Bajet Negara 2011 di Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya pada 19 Julai 2010. Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh YB Timbalan Menteri Kewangan Malaysia I.