Persatuan Kebudayaan Masyarakat Siam Negeri Kedah (PEKEMAS)

KEBUDAYAAN TERAS PERPADUAN

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home Kata Aluan Pengerusi

Kata Aluan Pengerusi

E-mail Print PDF

 

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada pengunjung kerana sudi melayari laman web Persatuan Kebudayaan Masyarakat Siam Negeri Kedah (PEKEMAS). Laman web ini merupakan satu daripada sumber maklumat yang penting dan mewujudkan hubungan antara satu sama lain secara domestik atau global selari dengan arus perkembangan teknologi maklumat yang melangkaui batas sempadan. PEKEMAS telah menggunakan laman web sebagai jentera menyebarkan maklumat mengenai perkembangan semasa dan kegiatan PEKEMAS kepada orang ramai.

Laman web ini diwujudkan sejak tahun 2000 lagi dan pada mulanya di bawah kendalian Persatuan Belia Thai Malaysia (PBTM). Setelah PBTM tidak didaftarkan semula dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengikut Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 maka laman web ini diteruskan oleh PEKEMAS pada November 2008.

Pihak kami juga menyediakan ruangan FORUM untuk semua pengunjung dapat berkomunikasi dan berbincang antara satu sama lain dalam pelbagai hal yang berkaitan dengan isu-isu semasa. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang komen atau pendapat dalam ruangan FORUM tersebut.

Dengan ini diharapkan maklumat yang disampaikan dapat tersebar dengan lebih jauh lagi. Sekiranya ada sebarang teguran, pandangan dan saranan bagi memperbaiki lagi kandungan laman web ini, bolehlah diajukan kepada kami demi meningkatkan lagi kualiti maklumat yang dimuatkan. Selamat melayari laman web PEKEMAS.

MANIT A/L SEE NAM
PENGERUSI
PERSATUAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT SIAM NEGERI KEDAH (PEKEMAS)

Last Updated ( Wednesday, 11 March 2009 16:12 )  
Logo

Terkini di Forum


Berita Semasa

Presiden Pekemas akan mewakili masyarakat Siam menghadiri mesyuarat tentang perbincangan Bajet Negara 2011 di Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya pada 19 Julai 2010. Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh YB Timbalan Menteri Kewangan Malaysia I.