Persatuan Kebudayaan Masyarakat Siam Negeri Kedah (PEKEMAS)

KEBUDAYAAN TERAS PERPADUAN

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home Kebudayaan Perayaan Pesta Songkran 2009 di Padang Pusing
Kebudayaan

Pesta Songkran 2009 di Padang Pusing

E-mail Print PDF

PADANG PUSING, 11 April 2009: Masyarakat Siam Kampung Wat Padang Pusing telah menganjurkan Pesta Songkran 2009. Pesta Songkran ini merupakan pesta sambutan tahun baru bagi masyarakat Siam dan disambut sejak turun temurun. Pesta ini juga dikenali sebagai Pesta Air.

Mengikut kalender Siam, Pesta Songkran ini dianjurkan pada 13 April setiap tahun. Kebiasaannya disambut dalam lingkung 15 hari dari tarikh tersebut supaya ia tidak bertindih dengan program yang sama dianjurkan oleh pihak lain.

Pesta Songkran 2009 yang telah dianjurkan di Wat Thamkhiriwong pada 10 dan 11 April 2009 adalah anjuran Jawatankuasa Wat Thamkhiriwong dengan kerjasama daripada Pejabat Konsul Thailand di Pulau Pinang. Pihak pejabat Konsul Thailand di Pulau Pinang telah membiayai kos penganjuran sebanyak RM25,000.00.

Perayaan ini disambut dengan melakukan aktiviti-aktiviti kebaikan serta memperingati jasa golongan tua. Perayaan ini dimulakan dengan menziarah kubur serta bergotong royong membersihkannya, memberi persalinan baru kepada kedua ibubapa, bermaaf-maafan, merenjis air ke tangan para sami Buddha dan warga tua dengan tujuan memohon restu, melawat wat-wat serta melakukan aktiviti-aktiviti hiburan.

Bagi mengekalkan nilai-nilai kebudayaan dan kesenian masyarakat Siam di Kedah maka persembahan kebudayaan juga diadakan seperti persembahan Menora, persembahan tarian tradisional Siam dan persembahan paluan gendang panjang. Pertandingan Ratu Songkran juga diadakan bagi menambah ceria lagi pesta ini. Pihak PEKEMAS telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus persembahan kebudayaan.

Bagi memeriahkan lagi perayaan ini maka pesta air dan bedak juga diadakan terutamanya di kalangan pemuda-pemudi. Perayaan ini telah dirasmikan oleh H.E Mr Manopchai Vongphakdi, Consulate General of Thailand in Penang.

  

Last Updated ( Wednesday, 15 April 2009 10:47 )  
Logo

Terkini di Forum


Berita Semasa

Presiden Pekemas akan mewakili masyarakat Siam menghadiri mesyuarat tentang perbincangan Bajet Negara 2011 di Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya pada 19 Julai 2010. Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh YB Timbalan Menteri Kewangan Malaysia I.