Persatuan Kebudayaan Masyarakat Siam Negeri Kedah (PEKEMAS)

KEBUDAYAAN TERAS PERPADUAN

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home Aktiviti PEKEMAS Latihan PEKEMAS latih pelapis kuasai kesenian Siam
Aktiviti PEKEMAS

PEKEMAS latih pelapis kuasai kesenian Siam

E-mail Print PDF

PADANG PELIANG - Persatuan Kebudayaan Masyarakat Siam Kedah (PEKEMAS) giat menjalankan latihan tarian tradisional Siam di Pusat Kebudayaan Masyarakat Siam bagi melatih pelapis baru menguasai dan memelihara kesenian masyarakat ini.

 

Pengerusi Persatuan Kebudayaan Masyarakat Siam Negeri Kedah, Manit a/l See Nam berkata, dengan adanya latihan kepada pelapis baru terutamanya golongan remaja kebudayaan Siam dapat dipelihara agar tidak pupus ditelan zaman dan kekal sehingga generasi akan datang.

Menurutnya, latihan diadakan setiap malam kepada golongan remaja Siam untuk bergiat aktif dalam kebudayaan supaya mereka tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, mat rempit dan sebagainya.

"Melalui PEKEMAS aktiviti untuk memelihara dan memperkembangkan budaya masyarakat Siam dapat dilakukan dengan lebih teratur dan sistematik".

"Latihan ini juga persiapan untuk mengadakan persembahan pada majlis-majlis rasmi sekiranya dijemput", katanya kepada Sinar Harian.

Manit berkata, Pusat Kebudayaan Masyarakat Siam baru dibina dan dirasmikan pada 28 Februari 2009 oleh Timbalan Ketua Sami Kedah-Perlis kini dibuka memberi kesan positif kepada remaja Siam kerana sebelum ini mereka menghadapi masalah untuk mengadakan latihan tarian disebabkan kekurangan kemudahan seperti dewan, peruntukan dan saluran.

"Kebiasaannya latihan tarian dilakukan di wat Siam atau di rumah-rumah perseorangan yang berminat dalam bidang ini. Boleh dikatakan untuk mengembangkan kesenian tarian Siam ini adalah atas dasar usaha sendiri tanpa bantuan daripada mana-mana pihak", katanya.

Katanya, sekiranya usaha untuk memelihara kesenian tarian Menora ini tidak dititik-beratkan dan ia akan pupus ditelan zaman.

"Oleh itu, dengan tertubuhnya PEKEMAS usaha ke arah itu dapat dilakukan dengan lebih tersusun", katanya.

Sumber: Sinar Harian, 14 Mei 2009 m/s U13

Last Updated ( Wednesday, 27 May 2009 08:35 )  
Logo

Terkini di Forum


Berita Semasa

Presiden Pekemas akan mewakili masyarakat Siam menghadiri mesyuarat tentang perbincangan Bajet Negara 2011 di Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya pada 19 Julai 2010. Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh YB Timbalan Menteri Kewangan Malaysia I.