Perayaan Loy Krathong adalah merupakan salah satu kebudayaan masyarakat Siam. Tarikh menyambut perayaan ini telah ditetapkan oleh nenek moyang sejak beribu-ribu tahun dahulu iaitu setiap 15hb 12 setiap tahun atau Wan Phen Khen 15 Kham Dean 12 (mengikut kalender lunar Siam) bersamaan dengan 2 November 2009 pada tahun ini.
Program yang dianjurkan pada tarikh lain selain daripada 2 November 2009 dianggap sebagai tidak menghargai nilai-nilai kebudayaan kita. Tindakan tersebut juga dianggap cuba merosakkan kebudayaan demi untuk kepentingan politik dan keuntungan semata-mata.
Oleh itu, saya selaku pemimpin Pekemas yang memperjuangkan kemajuan kebudayaan Siam di negeri Kedah, saya merayu kepada semua penganjur-penganjur Pesta Loy Krathong 2009 terutamanya pemimpin-pemimpin masyarakat Siam dan juga pihak wat Siam supaya tidak mencemarkan nilai-nilai murni kebudayaan kita yang diamalkan sejak turun-temurun.
Marilah kita menyambut perayaan LOY KRATHONG 2009 yang jatuh pada tarikh 2 November 2009 ini. Sathu.. Sathu.. Sathu...






