Persatuan Kebudayaan Masyarakat Siam Negeri Kedah (PEKEMAS)

KEBUDAYAAN TERAS PERPADUAN

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

SELAMAT TAHUN BARU 2009

E-mail Print PDF
Saya mewakili semua ahli-ahli PEKEMAS mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua pengunjung web ini. Semoga tahun ini sebagai titik permulaan untuk kita eratkan lagi perhubungan di antara kita.
Last Updated ( Wednesday, 07 January 2009 16:19 ) Read more...
 

PEKEMAS latih pelapis kuasai kesenian Siam

E-mail Print PDF

PADANG PELIANG - Persatuan Kebudayaan Masyarakat Siam Kedah (PEKEMAS) giat menjalankan latihan tarian tradisional Siam di Pusat Kebudayaan Masyarakat Siam bagi melatih pelapis baru menguasai dan memelihara kesenian masyarakat ini.

Last Updated ( Wednesday, 27 May 2009 08:35 ) Read more...
 

Majlis Malam Mesra Blogger Siam & Ahli-ahli Forum 2010

E-mail Print PDF

PEKEMAS akan menganjurkan "Majlis Malam Mesra Blogger Siam & Ahli-ahli Forum 2010" di Pusat Kebudayaan Masyarakat Siam, Kg. Wat Padang Peliang, Pendang, Kedah pada 13.2.2010 (Sabtu) mulai jam 8.00 malam.

Majlis tersebut diadakan bagi menghimpunkan sebanyak mungkin para blogger Siam dan ahli-ahli forum Website rasmi Pekemas untuk berinteraksi dan bermesra bagi mengeratkan perhubungan di kalangan blogger2 keturunan Siam.

Perjumpaan ini ala santai seperti aktiviti keluarga. Pihak kami akan sediakan peralatan BBQ, SOMTAM dan set karaoke untuk berhibur sepanjang program. Kepada mereka yang lebih suka untuk bersembang dan bertukar pandangan, kami juga sediakan ruang untuk mereka.

Pihak kami tidak keluarkan sebarang kad jemputan. Mana-mana blogger yang terbaca maklumat ini, dijemputlah datang. Anggaplah semua orang adalah tuan rumah dan jemputlah kawan2 datang bersama. Team kebudayaan negeri Perlis seramai 20 orang juga bersetuju datang join bersama kami.

Last Updated ( Sunday, 10 January 2010 13:14 )
 

Melawat setiausaha Pekemas sakit.

E-mail Print PDF
Pada 28 September 2009, jam 7.00 malam, seramai 5 orang wakil Pekemas yang diketuai pengerusinya membuat lawatan ke rumah Sdr. Pricha a/l Choo Beng, Setiausaha Pekemas di rumah mertuanya, di Kg. Olak Madu, Sidam Kiri, Sungai Petani, Kedah. Beliau telah dibedah kerana apendik pecah dalam perut pada 7 September 2009. Sekarang beliau dah beransur pulih. Sebagai kawan dan team work dalam Pekemas, kita mesti mengambil berat antara satu sama lain.
Last Updated ( Thursday, 01 October 2009 08:49 )
 

Majlis Malam Mesra Pekemas 2010.

E-mail Print PDF

Pekemas berjaya menganjurkan Program Malam Mesra 2010 di Pusat Kebudayaan Masyarakat Siam pada 13.2.2010 dengan jayanya. Pada mulanya program itu dianjurkan bertujuan untuk memberi peluang para ahli forumer Pekemas dapat bertemu dan berinteraksi secara bersemuka setahun sekali.

Tetapi malangnya tarikh dan masa yang dipilih tidak sesuai dan tidak dapat mengumpul lebih ramai para forumer Pekemas. Walau bagaimana pun program tersebut berjaya dianjurkan di atas kehadiran ahli2 persatuan dari Persatuan Kebudayaan Siam Negeri Perlis dan ahli2 Pekemas. Seramai lebih kurang 100 orang hadir.

Last Updated ( Thursday, 18 February 2010 17:26 ) Read more...
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 8
Logo

Terkini di Forum


Berita Semasa

Presiden Pekemas akan mewakili masyarakat Siam menghadiri mesyuarat tentang perbincangan Bajet Negara 2011 di Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya pada 19 Julai 2010. Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh YB Timbalan Menteri Kewangan Malaysia I.