Persatuan Kebudayaan Masyarakat Siam Negeri Kedah (PEKEMAS)

KEBUDAYAAN TERAS PERPADUAN

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Bantulah saudara kita.

E-mail Print PDF

SUNGAI PETANI 26 Mei _ Seorang suri rumah, Somchit Etim, merayu simpati orang ramai menghulurkan sumbangan bagi membolehkan bayi lelakinya, Yanakphart Sharin, 11 bulan menjalani pembedahan penyakit jantung berlubang yang dialaminya sejak lahir.

Last Updated ( Wednesday, 27 May 2009 15:45 ) Read more...
 

Majlis Penyerahan Peruntukan Loy Krathong Kepada Wat-wat Siam.

E-mail Print PDF

Majlis Penyerahan Peruntukan Loy Krathong sebanyak RM43,000 kepada wat-wat Siam seluruh negeri Kedah akan diadakan di Wat Titi Akar, Pendang, Kedah pada 25.9.2009 jam 3.00 petang. Semua pengerusi Jawatankuasa Wat seluruh negeri Kedah dijemput hadir.

Edit pada 1 Oktober 2009

Majlis tersebut telah berjaya diadakan. Seramai 34 wakil daripada wat Siam seluruh Kedah hadir untuk menerima peruntukan tersebut. Manakala 9 wat lagi tidak hadir. Lebih kurang 100 orang pemimpin masyarakat Siam seluruh Kedah termasuk JKKKP dan MKK hadir ke majlis tersebut. Pekemas akan bertindak neutral dalam bidang politik dan tidak akan menyebelahi mana-mana parti politik. Pihak mana yang memberi sesuatu dari segi kebajikan dan pembangunan kepada masyarakat Siam melalui Pekemas, pihak kami akan menerimanya.

Last Updated ( Thursday, 01 October 2009 08:55 )
 

Mesyuarat AJK PSK Bil 1/2009

E-mail Print PDF

Pada 16 Mei 2009, jam 5.00 petang, Persatuan Siam Kedah telah mengadakan Mesyuarat Jawatakuasa PSK Bil 1/2009 di Pusat Kebudayaan Masyarakat Siam, Padang Peliang, Pendang, Kedah. En. Bun Yin a/l Ai An mempengerusikan mesyuarat tersebut. Seramai 20 orang AJK hadir.

Last Updated ( Tuesday, 09 March 2010 15:14 ) Read more...
 

Pelancaran Rakan Muda Siam di Wat Padang Pusing.

E-mail Print PDF

YB Dato' Seri Ismail Sabri bin Yaacob, Menteri Belia dan Sukan Malaysia akan merasmikan Pelancaran Rakan Muda Kampung Baru (Siam) di Wat Thamkhiriwong, Kg. Wat Padang Pusing, Pendang, Kedah pada 6.2.2009 jam 10.00 pagi - 12.00 tengahari. PEKEMAS diminta mengadakan persembahan Tarian Menora dan gendang panjang. Marilah kita bekerjasama menjayakan majlis tersebut.

Last Updated ( Monday, 02 February 2009 13:43 )
 

Pengerusi PSK mengiringi YB Menteri Belia dan Sukan.

E-mail Print PDF

En. Bun Yin a/l Ai An selaku Pengerusi Persatuan Siam Kedah (PSK) mewakili masyarakat Siam seluruh negeri Kedah menyambut dan mengiringi YB Datuk Seri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan YB Puan Suraya Yaakob, ADUN Sungai Tiang di Wat Padang Pusing Pendang, Kedah pada 6.2.2009 di Majlis Perasmian Pelancaran Rakan Muda Kampung Etnik Siam peringkat Kebangsaan.

Last Updated ( Wednesday, 15 April 2009 10:22 ) Read more...
 


Page 7 of 8
Logo

Terkini di Forum


Berita Semasa

Presiden Pekemas akan mewakili masyarakat Siam menghadiri mesyuarat tentang perbincangan Bajet Negara 2011 di Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya pada 19 Julai 2010. Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh YB Timbalan Menteri Kewangan Malaysia I.