Perjalanan seorang pemimpin Siam kerdil ke Putrajaya untuk membela nasib bangsa.
Pada malam 18 Julai 2010, saya bertolak dari rumah ke Stesen bas Shahab Perdana, Alor Setar untuk menghadiri Mesyuarat Focus Group berkaitan Bajet 2011 di Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya pada 19 Julai 2010 jam 2.30 petang. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YB Dato' Ir Donald Lim Siang Chai, Timbalan Menteri Kewangan I.
Last Updated ( Wednesday, 21 July 2010 10:48 )
Read more...
Dari Shahab Perdana, saya bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 12.00 mlm dan sampai di Stesen Bukit Jalil pada jam 6.00 pagi. Saya tinggalkan kereta di Shahab Perdana (risiko hilang agak tinggi tapi terpaksa). Dari Bukit Jalil saya bertolak ke pejabat En. Siri Neng Buah di Jabatan Warisan Negara di Jalan Conlay Off Jalan Raja Chulan dengan LRT dan sampai pada jam 7.30 pagi. Saya ke kantin dulu sebelum saya ke pejabat En. Siri Neng Buah dan tunggu beliau di ruang tetamu sebab beliau belum sampai. Jam 9.00 pagi, baru dapat berjumpa En. Siri Neng Buah. Saya pun berbincang dgn En. Siri Neng Buah tentang keperluan masyarakat Siam dalam Bajet 2011. Bila En. Siri teliti beberapa dokumen yang saya bawa sebagai persiapan, beliau terus bersuara untuk ikut saya pergi ke mesyuarat tersebut. Dalam masa yang sama, saya terus melantik beliau sebagai Ahli Kehormat Pekemas untuk melayakkan beliau dapat serta atas nama Pekemas. Beliau sanggup membatalkan semua program beliau dan mewakilkan salah seorang pegawai untuk mengganti beliau dalam program rasmi jabatan. Sementara beliau pergi ke Putrajaya bersama saya demi perjuangan untuk masyarakat Siam seluruh Malaysia. |
||
|
||
|
|
||
| Page 2 of 8 |

| Presiden Pekemas akan mewakili masyarakat Siam menghadiri mesyuarat tentang perbincangan Bajet Negara 2011 di Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya pada 19 Julai 2010. Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh YB Timbalan Menteri Kewangan Malaysia I. |