Persatuan Kebudayaan Masyarakat Siam Negeri Kedah (PEKEMAS)

KEBUDAYAAN TERAS PERPADUAN

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home Kebudayaan
Kebudayaan

Kebenaran tentang istilah Siam dan Thai.

E-mail Print PDF

สยาม (อักษรละติน: Siam) (สันสกฤต: श्याम) เป็นชื่อเรียกของประเทศไทยในสมัยโบราณ แต่มิใช่ชื่อที่คนไทยใช้เรียกตนเอง สยามเป็นชื่ออย่างเป็นทางการของไทยรัชสมัยพระบาทสมเด็จพระจอมเกล้าเจ้าอยู่หัวเป็นต้นมา[1] แต่ได้มีการเปลี่ยนชื่อมาเป็น "ไทย" เมื่อวันที่ 24 มิถุนายน พ.ศ. 2482 ในอดีตพระมหากษัตริย์ไทยทรงใช้ชื่อ สยาม ในการทำสนธิสัญญากับต่างชาติเป็นเวลาหลายศตวรรษ อันเนื่องมาจากอาณาจักรสยามนี้ประกอบด้วยคนหลายชาติพันธุ์ อาทิ ไท ลาว มอญ ญวน เขมร แขก จีน ฝรั่ง และมลายู พระมหากษัตริย์ไทยจึงเรียกดินแดนแห่งนี้ว่า ประเทศสยาม เพื่อความเป็นอันหนึ่งอันเดียวกันของประชาชน[2] อีกทั้ง ชื่อ สยาม นั้น ก็ยังคงเป็นที่รู้จักกันอย่างแพร่หลายในวงการวิชาการของต่างประเทศอีกด้วย

ตามหลักฐานของลาลูแบร์นั้น คนในประเทศไทยได้เรียกเผ่าพันธุ์ของตนเองว่า ไทย ตั้งแต่สมัยอาณาจักรอยุธยาแล้ว โดยได้บันทึกไว้ว่า ชาวสยามเรียกตนว่า ไทย (Tàï) แปลว่า อิสระ อันเป็นความหมายตามศัพท์ในภาษาของพวกเขาอยู่ในปัจจุบัน [...] คำว่า สยาม กับ ไทย เป็นสองคำที่มีความแตกต่างกัน แต่หมายถึงพลเมืองของประเทศเดียวกัน[11]

- Sumber dari Wikipedia.

Siam merupakan nama negara sebelum ditukarkan kepada Thailand pada 24 Jun 1939 semasa zaman pemerintahan General Phibun Songkhram yang cuba membangkitkan semangat Nasionalisme. Siam bukannya merujuk kepada sesuatu bangsa malah tidak ada bangsa Siam di muka bumi ini. Thai bermaksud kebebasan merupakan nama bangsa sebelum kewujudan negara Siam lagi. Orang Thai tidak pernah memanggil diri mereka sebagai bangsa Siam. Hanya bangsa asing sahaja memanggil orang Thai sebagai bangsa Siam termasuk di Malaysia.

Last Updated ( Sunday, 30 October 2011 12:18 ) Read more...
 

Tesis: Pemikiran Siri Neng Buah terhadap Warisan Seni Budaya dan Masyarakat Siam Malaysia.

E-mail Print PDF

TESIS: PEMIKIRAN SIRI NENG BUAH TERHADAP WARISAN SENI BUDAYA DAN MASYARAKAT SIAM MALAYSIA

Oleh:  Sdri Meri A/P Anad

Latar belakang Siri Neng Buah

Detik 9 Disember 1954 merupakan detik paling manis bagi pasangan suami isteri Nai Neng Buah dan Nang Uan Suksai, pasangan suami isteri yang berasal dari Kampung Semarak, Pasir Putih, Kelantan. Ini kerana, Nang Uan telah melahirkan seorang anak lelaki yang akan menjadi penyambung nama keturunan Suksai. Lantas Nai Neng Buah berhasrat untuk menamakan anaknya ’Siri Mongkhul Suksai’. Jika dikaji, nama tersebut mirip dengan nama orang Siam di Thailand. Sisa hidup beliau semasa kecil banyak dihabiskan di Narathiwat, Thailand. Semasa kecil, Nai Neng Buah telah membawa beliau ke situ untuk buat nen (sami kanak-kanak).

Oleh itu, pemikiran dan cara hidup beliau amat dipengaruhi oleh kehidupan masyarakat di Thailand. Namun, nama Siri Mongkhul Suksai mendapat bantahan daripada salah seorang rakan bapanya yang bernama Cik Jai Na. Menurut Cik Jai Na, nama tersebut terlalu panjang. Lalu, Nai Neng Buah mengambil keputusan untuk menamakan anaknya ,’ Siri’, yang bermaksud penghormatan.

Keturunan Siri Neng Buah merupakan keturunan yang mempunyai darjat yang tinggi. Ini kerana, datuknya, Nai Deng Suksai merupakan orang besar dalam daerah pimpinan lama daerah Besut. Raja Besut ketika itu telah melantik beliau menjadi Kapitan Siam di perkampungan itu. Beliau digelar Tok Long Merah. Masyarakat Melayu setempat pula menggelar beliau dengan nama Tok Pawah. Kampung Pak Kiang, kampung kelahiran Siri Neng Buah merupakan perkampungan masyarakat Siam yang terbesar di Terengganu. Jumlah masyarakat Siam di Terengganu adalah sedikit dari segi jumlah berbanding dengan negeri Kedah yang mempunyai penduduk Siam yang terbanyak di Malaysia, diikuti oleh Kelantan, Perak dan Perlis. Terdapat 4 buah perkampungan masyarakat Siam di negeri Terengganu iaitu, Kampung Pak Kiang, Kampung Batu Bala, Kampung Tok Mo Thong dan Kampung Siam yang terletak di Jerteh.

Bekalan air dan elektrik tiada lagi semasa beliau dilahirkan. Penduduk Kampung menggunakan air perigi, air hujan, dan air sungai untuk kegunaan harian. Pada penghujung tahun 1960, kampung ini telah mula mendapat bekalan air paip. Sejak itu, penduduk kampung tidak lagi menggunakan air sungai dan perigi kecuali ketika musim kemarau. Lampu minyak tanah dan pelita adalah penerang pada waktu malam. Tanpa sinaran lampu elektrik, keadaan kampung menjadi terlalu sunyi dan sepi pada waktu malam. Tiada televisyen, kipas angin, Pada suatu ketika, penduduk kampung telah mengumpul wang untuk membeli sebuah generator kecil untuk membekalkan elektrik. Bagaimanapun, penduduk mula menarik nafas lega apabila pihak kerajaan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah membekalkan elektrik.

Kehidupan masyarakat Siam di Terengganu adalah sama seperti masyarakat Siam di negeri-negeri lain. Masyarakat Siam di situ sebahagian besar terdiri daripada golongan pertanian. Sebagai contoh, datuk dan nenek beliau adalah seorang petani yang gigih. Mereka melaksanakan sistem pertanian sara diri seperti menanam padi, kelapa, sayur-sayuran dan sebagainya, Dalam bidang penternakan, masyarakat Siam di kawasan tersebut menternak lembu kerbau, ayam, Namun penduduk Siam di kawasan itu tidak menternak khinzir kerana mereka memahami sensiviti orang Melayu.

Dari aspek semangat kejiranan, hubungan antara masyarakat Melayu dan Siam sangat rapat, umpama isi dengan kuku. Masyarakat Siam menganggap masyarakat Melayu seperti keluarga mereka sendiri. Begitu juga pandangan masyarakat Melayu terhadap masyarakat Siam. Orang Melayu memanggil masyarakat Siam yang lebih tua daripada lingkungan umur mereka dengan panggilan hormat seperti Pak Long, Mak Long, dan sebagainya. Malahan datuk beliau, Nai Deng Suksai dikenali dengan nama melayu, Tok Pawah.

Hubungan siratulrahim di kalangan mereka dapat dilihat melalui pelbagai aspek. Misalnya semasa orang Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri, masyarakat Siam akan mengunjungi rumah terbuka yang dianjurkan oleh masyarakat Melayu. Dari segi budaya pula, masyarakat Siam Kampung Pak Kiang gemar menggayakan pakaian harian masyarakat Melayu. Misalnya, golongan lelaki Siam akan memakai baju Melayu dan berkain pelikat manakala golongan wanita Siam akan memakai baju kurung dan berkain batik

Kehidupan seharian beliau di pedalaman sama seperti kanak-kanak kampung yang lain. Sejak kecil lagi, beliau telah dipelihara oleh datuknya. Sebelum memasuki darjah satu, kehidupan harian beliau banyak dihabiskan dengan menemani datuknya mengadakan persembahan kebudayaan di sekitar kampung. Kadangkala Siri akan menolong datuknya menghasilkan replika wayang kulit. Di samping itu juga, beliau juga sempat belajar untuk membuat persembahan wayang kulit. Antara penghujung bulan April dan hujung bulan Jun setiap tahun, masyarakat setempat di Kampung Pak Kiang akan mengadakan majlis tarian menora, ta yai (nenek moyang) dan sebagainya.

Semua persembahan ini diadakan bertujuan untuk menghormati roh nenek moyang dan melepaskan nazar. Jika roh nenek moyang tidak disembah dan nazar yang telah dicapai tidak ditunaikan, maka seseorang itu akan ditimpa musibah dalam bentuk penyakit, keretakan rumah tangga dan juga kematian. Hubungan seni budaya ekspresif dengan identiti khususnya seni persembahan masyarakat Siam amat kuat. Seni persembahan ini juga memerlukan penggunaan alat muzik seperti gendang, seruling dan alat-alat muzik sebagi pelengkap persembahan. Di kesempatan ini, Siri juga turut berpeluang untuk mempelajari teknik untuk bermain klong yau (gendang panjang Siam) dan ching ( kerinching).

Di samping itu, layang-layang, bola sepak dan badminton juga menjadi permainan kegemarannya. Bermain bola sepak dengan rakan–rakan di kampung adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan. Walaupun ketika itu, padang bola yang ada adalah kecil di celah-celah pokok getah. Namun beliau tetap merasakan kepuasannya. Semangat berpasukan dan setia kawan antara rakan–rakan kampung sangat tinggi. Beliau dan rakan-rakan di kampung tetap gembira walaupun hanya bola plastik saja yang mereka ada.

Di samping itu, pada setiap pagi, beliau akan pergi ke kebun getah bersama datuk dan nenek. Ketika di kebun, gigitan nyamuk dan serangga adalah perkara biasa. Beliau sendiri pernah digigit tebuan dan ular. Pada hari hujan, datuk dan nenek beliau tidak dapat menoreh getah kerana pokok basah. Hari itu, datuknya akan membawa beliau membersihkan kebun getahnya dengan menebas dan menyabit lalang serta semak samun.

Zaman persekolahan

Hari pertama beliau menjejakkan kaki di alam persekolahan adalah Darjah 1. Pada zaman beliau, masih belum ada sistem pendidikan pra sekolah. Dengan kata lain, beliau tidak pernah mengenal huruf ABC. Pada peringkat Darjah Satu, mata pelajaran utama yang diajar adalah mata pelajaran tulisan jawi. Tidak seperti kanak-kanak pada hari ini, sudah menjadi kebiasaan anak-anak yang berusia empat atau lima tahun memulakan persekolahan tahap pra sekolah pada umur itu. Kanak –kanak sudah pandai membaca dan menulis.

Beliau mula dihantar ke sekolah ketika berumur 7 tahun di Sekolah Umum Kluang. Sekiranya tahun 1960-an, sekolah kebangsaan yang terdapat pada hari ini masih dikenali sebagai sekolah umum. Sistem kurikulum sekolah umum menggunakan tulisan Jawi dalam penulisan. Sehinggalah ke peringkat tahun 3, Siri baru mengenali huruf abjad Rumi yang digunakan secara meluas di seluruh dunia pada hari ini. Kata orang, ”Bahasa Jiwa Bangsa. Itulah kata –kata mutiara yang dipegang oleh Nai Deng. Meskipun menjadi warganegara Malaysia berbangsa Siam, beliau bertekad untuk memberikan pendidikan bahasa Thai kepada cucu kesayangannya. Bagi beliau, setiap bangsa seharusnya boleh bercakap, menulis dan membaca dalam bahasa ibunda masing-masing. Malah penguasaan bahasa Thai akan memudahkan orang–orang Siam yang beragama Buddha mazhab Theravada mendalami ajaran Buddha. Ini kerana kebanyakan inskripsi dan hukum agama Buddha mazhab Theravada banyak ditulis dalam bahasa Thai. Sistem tulisan Thai adalah sesuatu yang unik. Sistem tulisan Thai yang ada pada hari ini adalah hasil ciptaan Raja Ram Khamheng. Tulisan Thai diilhamkan daripada unsur –unsur alam sekitar. Misalnya, huruf kho-khai iaitu abjad pertama dalam tulisan Thai adalah membawa maksud ayam. Khokhai sekiranya diterjemahkan dalam tulisan rumi yang diguna pakai oleh masyarakat global adalah bersamaan dengan huruf K.

Maka, pada usia 9 tahun, Nai Deng Suksai mengambil keputusan untuk menghantar cucu kesayangannya belajar bahasa Thai di Wat Phikulthong, Tumpat, Kelantan. Berikutan ketiadaan institusi pengajian bahasa Thai di negeri Terengganu. Kedudukan Wat Phikulthong yang berdekatan dengan sekolah juga turut mendorong Nai Deng Suksai menghantar cucu kesayangannya ke situ. Tambahan pula, pihak aktivis agama menyediakan kemudahan tempat tinggal untuk orang ramai yang berkunjung ke wat semasa diadakan perayaan utama masyarakat Siam seperti Thot Krathin, Loy Krathong dan sebagainya. Di sana, beliau menjadi dek wat (budak suruhan). Pada waktu pagi, beliau hanya berjalan ke sekolah yang terletak kira-kira 1 kilometer saja dari sekolah. Keadaan jalan ke sekolah ketika itu masih tidak berturap. Tambahan pula jalan tanah merah, waktu hujan memang susah. Kadang kala yang menyebabkan beliau tidak tahan ialah semasa hari panas, ketika pulang dari sekolah, jalan yang beliau lalui menjadi terlalu panas. Rasa seperti terbakar .

Hanya susah ketika ke sekolah terpaksa jalan berbatu-batu dan jarak yang agak jauh. Menurut beliau lagi, untuk menjadikan perjalanannya pergi dan pulang dari sekolah menyeronokkan, beliau berjalan beramai-ramai dengan rakannya. Caranya ialah budak yang rumahnya paling jauh akan singgah di hadapan pintu gerbang wat. Dengan cara begini, kuranglah rasa penat dan takut terutama sewaktu melalui kebun getah dan kelapa yang besar dan sunyi .

Pada waktu petang, beliau akan belajar bahasa Thai daripada sami Buddha di Wat Phikulthong. Kebanyakan tenaga pengajar yang mengajar bahasa Thai di Wat Phikulthong berasal dari Wilayah Selatan Thai iaitu sekitar Songkhla dan Yala. Sistem kurikulum yang digunapakai dalam pembelajaran Bahasa Thai adalah berasaskan sistem kurikulum agama dari Thailand. Oleh itu, peringkat pra tahap satu dikenali sebagai anuban, tahap 1-3 dikenali sebagai phro. Pada tahap 4 dikenali sebagai naktham tri, tahap 5 dikenali sebagai tham tho dan tahap 6 pula dikenali sebagai tham ek. Seterusnya, beliau meneruskan pengajian pada peringkat menengah di Sekolah Melayu Tumpat. Di sini beliau berpeluang untuk bercampur gaul dengan rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama .

Jika dikaji dari segi kehidupan, Siri Neng Buah jarang dapat bergaul dengan masyarakat beliau sendiri. Ini disebabkan kehidupan beliau hanya berlingkar dalam persekitaran yang terdiri daripada masyarakat Melayu. Tambahan pula masa itu, tidak ramai masyarakat Siam yang mampu menyekolahkan anak-anak mereka ke peringkat menengah. Ini disebabkan faktor kemiskinan dan kurangnya kesedaran tentang kepentingan pendidikan .

Namun, Siri bijak menilai kehidupan kaum lain yang jauh lebih baik. Misalnya, kehidupan masyarakat cina yang mempunyai kehidupan yang lebih baik. Ini disebabkan masyarakat cina bijak menceburi bidang perniagaan. Tambahan pula, masyarakat cina gigih dan rajin berusaha. Untuk berjaya, masyarakat cina percaya bahawa setiap individu harus bergantung pada diri sendiri dan tidak harus bergantung pada orang lain. Oleh sebab itulah, mereka berjaya dalam kehidupan mengamalkan budaya bergantung pada diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan kerajaan. Dalam bidang pendidikan, Siri adalah seorang pelajaran yang cemerlang. Beliau sering muncul sebagai pelajar cemerlang setiap kali peperiksaan di sekolah beliau. Sejak di bangku sekolah lagi, mata pelajaran Kesusasteraan Melayu merupakan mata pelajaran kegemaran beliau. Beliau sering muncul sebagai penerima anugerah cemerlang dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Beliau seringkali mewakili sekolah, dan daerah dalam pertandingan berbalas pantun, gurindam, sajak dan sebagainya sehingga memenangi banyak hadiah. Bakat yang ada pada beliau adalah bakat yang luar biasa. Beliau seorang pelajar kesusasteraan Melayu yang berbangsa Siam, tetapi boleh menulis pantun serta sajak yang lebih baik daripada pelajar Melayu.

Setelah menamatkan pengajian di di peringkat tingkatan 5, beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di sekolah swasta di Kota Bharu sehingga ke peringkat Tingkatan Enam Atas. Ternyata, insan bernama Siri Neng Buah sememangnya sukar dicabar meskipun sudah berada pada peringkat para universiti. Kecemerlangan beliau dalam mata pelajaran tersebut telah menjadi buah mulut semua pihak termasuklah Dr Rundes Hamzah iaitu tokoh sasterawan Melayu yang berada dari Kelantan. Dr Rundes Hamzah telah mendorong beliau untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kesusasteraan di Indonesia. Didorong oleh cita-cita ingin menjadi Dr Rundes pertama bagi masyarakat Siam, beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Er Langa, Surabaya.

Pengalaman pahit di perantauan

Bak kata pepatah ” Malang tidak Berbau’’. Selepas beberapa bulan melanjutkan pelajaran di universiti itu, beliau dibuang dari Institusi Pengajian Tinggi tersebut atas alasan tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan Malaysia. Dengan berbekalkan wang saku RM1700 yang dibawa dari Malaysia ketika itu, beliau tidak mampu untuk memenuhi tuntutan yang ditetapkan oleh pihak universiti yang berjumlah RM 4000. Jumlah tersebut adalah untuk kontrak sewa rumah dan kuliah. Selain itu, beliau juga berusaha untuk mendapatkan biasiswa daripada Yayasan Negeri Terengganu atas alasan beliau adalah anak Terengganu. Namun setelah dua minggu menghadiri temuduga, beliau mendapat jawapan yang amat mendukacitakan .

Di samping itu, beliau juga masih mencari penjamin untuk mengesahkan status beliau. Ketika berada di Bali, seorang rakan dari Indonesia bersimpati dengan beliau atas dasar persamaan agama. Beliau cuba sedaya upaya untuk mencari penjamin untuk Siri. Rakan beliau yang berbangsa Jawa telah berusaha untuk menjadikan ayahnya yang merupakan seorang Bupati. Namun, tiada sesiapa pun yang bersimpati terhadap beliau.

Akhirnya beliau menulis surat kepada datuknya di kampung menceritakan masalah yang dihadapinya. Datuk beliau merupakan seorang yang sangat memahami kehendak dan hasrat cucu kesayangannya. Beliau percaya, dengan adanya pendidikan, cucu kesayangannya akan menjadi seorang manusia yang disanjung tinggi dalam masyarakat. Beliau berpesan kepada Siri, sekiranya menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan dan sekiranya kita menggenggam bara api biarlah menjadi arang. Maksud beliau, sekiranya kita melakukan sesuatu biarlah berterusan, jangan takut pada cabaran dan cemuhan orang lain.

Nai Deng berhasrat menjual semua hasrat pusakanya untuk membiayai kos pengajian cucunya. Namun tindakan beliau dibantah oleh Siri. Ini kerana, hasrat pusaka yang telah dijual tidak lagi boleh dibeli kembali. Tambahan pula, tanah pusaka yang sedia ada amat berjasa kepada kehidupan keluarga Suksai sejak zaman nenek moyang mereka. Meskipun, beliau dapat melanjutkan pelajaran sehingga menjadi Dr Rundes sekalipun dengan menggunakan modal hasil penjualan tanah pusaka, mustahil sekiranya tanah pusaka itu boleh diambil alih kembali pada masa depan. Ini kerana tanah pusaka semakin sukar dicari, dan nescaya harganya akan melambung tinggi berikutan permintaan yang semakin tinggi.

Pulang dari perantauan

Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air. Sekembalinya ke Malaysia, beliau telah memohon untuk melanjutkan pelajaran ke UKM memandangkan keputusan peperiksaan beliau yang cemerlang pada peringkat STPM. Namun, permintaan beliau ditolak kerana dasar kuota bumiputera yang diamalkan oleh pihak universiti tersebut sehinggalah ada para sarjana pada masa itu mengistilahkan UKM sebagai Universiti Kampung Melayu.

Namun, beliau tidak berputus asa. Dalam hatinya tertanam cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti demi memenuhi hasrat murni datuknya yang mahu melihat cucu kesayangannya memiliki segulung ijazah. Untuk menambahkan pendapatan, beliau bekerja sebagai guru sambilan di sekolah swasta dengan pendapatan RM200 sebulan. Pada waktu petang, beliau akan membantu datuknya menanam tembakau. Pada waktu malam pula, beliau akan mengambil upah mengajar tuisyen.

Berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan

Beliau mula berkhidmat dalam kakitangan kerajaan pada tahun 1978 setelah lulus dalam peperiksaan awam yang diadakan untuk memilih pegawai kerajaan. Jawatan pertama yang disandang oleh beliau adalah pegawai belia dan sukan di Pejabat Daerah Besut. Beliau juga aktif berpersatuan politik sehingga dilantik menjadi presiden dalam persatuan politik yang dianggotai oleh beliau sehingga dikenali dan disukai ramai dengan sifat mesra dan ramahnya. Sekitar tahun 1970-an, Siri memang aktif dalam aktiviti Belia 4B, Belia Muhibbah dan St. Ambulans.

Semua ini adalah untuk mengajak anak-anak belia aktif dalam kerja sosial dan dapat mengelak daripada anasir buruk Selain daripada berpolitik secara aman. Kadang-kadang beliau terpaksa korban masa dan wang sendiri untuk belia-belia kampung dan masyarakat dalam usaha mengadakan aktiviti seperti anjuran sukan, persembahan kebudayaan dan kesenian.

Keluarga bahagia .

Siri Neng Buah telah memilih seorang wanita Siam dari negeri Cik Siti Wan Kembang, Mek Kechiom a/p Eh Phreng sebagai permaisuri hidup. Perwatakan Puan Chiam yang lemah lembut, sederhana, dan penyabar amat disenangi oleh beliau. Beliau mengenali puan Chiam semasa beliau tinggal di Wat Phikulthong, Kampung Terbak. Hasil perkongsian hidup selama hampir 25 tahun, mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata. Putera sulung mereka bernama Sakkarin Suksai, putera kedua mereka, Thanarin Suksai dan puteri tunggal mereka diberi nama, Nettha Nitirin Suksai.

Siri dalam urusan rumah tangga lebih banyak mengamalkan sikap bertolak ansur dengan isteri dan anak-anak. Beliau memberi kebebasan kepada mereka untuk menceburi bidang yang mereka sukai. Malah, dua orang anak beliau, Tharnarin dan Nettha juga merupakan peminat seni. Mereka sering melibatkan diri dalam aktiviti kebudayaan di peringkat nasional.

Melanjutkan pelajaran di USM.

Pada tahun 1985, permohonan beliau untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading telah berjaya. Pada peringkat awal, beliau hanya menjadi pelajar luar kampus saja. Namun, berkat kegigihan dan ketabahan, akhirnya, beliau berjaya menjadi pelajar sepenuh masa pada tahun 1989.

Pelbagai cara belajar dilakukan oleh mahasiswa di Universiti Sains Malaysia semasa beliau menuntut di sana. Masing-masing dengan kaedah dan cara sendiri yang bukanlah pula terasing sekali daripada rakan –rakan yang lain. Di fakulti, sudah ada usahawan menjual nota kuliah yang disusun secara teratur, walaupun tindakan mereka tidak mendapat pengesahan daripada pihak universiti. Lazimnya, esei yang terbaik yang mendapat A juga dijual dalam kalangan siswa.

Semasa menghadiri kuliah pula, ada sebilangan kecil pelajar sekelas dengannya mencatat nota kuliah dengan cara trengkas. Ada juga rakan beliau yang mencatat nota dalam tulisan Jawi. Ada pula beberapa orang teman yang membentuk group discussion untuk berbincang sambil mengulang kaji apabila peperiksaan sudah hampir tiba. Tujuannya, untuk mengingati isi atau bahan pelajaran supaya lebih berkeyakinan bagi menghadapi peperiksaan.

Ada pula, beberapa orang teman yang mengambil keputusan untuk menelan ubat tidak tidur semata-mata untuk mengulang kaji pelajaran. Semasa di dalam dewan peperiksaan pula, ada kalangan teman beliau yang jatuh sakit lantaran tidak mendapat rehat yang mencukupi. Ada pelajar yang terlena ketika menjawab soalan peperiksaan kerana terlalu letih. Malah beliau sendiri pernah tiba lewat ke dewan peperiksaan kerana terlewat bangun. Demikian sekadar gambaran tentang kaedah pembelajaran yang luar biasa pada waktu itu. Beliau amati, keadaan itu masih wujud dalam kalangan pelajar di universiti pada hari ini.

Tamat pengajian di USM.

Peperiksaan akhir tahun pengajian Kesusasteraan dan Sains Politik di Universiti Sains Malaysia telah beliau ambil. Keputusan ditunggu-tunggu dengan cemas. Akhirnya, sampailah berita baik, beliau lulus dalam peperiksaan itu. Sebaik saja beliau menerima berita gembira itu, beliau segera berjumpa dengan pensyarah beliau.

Kata –kata ini terus dipegang oleh beliau sehingga kini:

”Mendapat kelas pertama, kedua mahupun kelas ketiga bukanlah perkara yang akan dilihat oleh masyarakat selepas ini. Perkara yang akan diberi penilaian oleh masyarakat selepas ini adalah kehadiran kita dalam masyarakat selepas ini. Ingat, saya menunggu kerana mahu melihat apa yang saudara lakukan kepada masyarakat selepas ini”.

Kertas ijazah yang perolehi tentunya merupakan sebuah ukuran pencapaian kita, tetapi beliau berpendapat, tidak semestinya graduan yang kurang cemerlang dalam peperiksaan tidak boleh berjaya. Ada seorang teman yang menerima ijazah sarjana muda kelas pertama dalam majlis konvokesyen yang sama dengan beliau sebenarnya terpaksa mengulangi pengajian tahun akhir kerana dia gagal dalam peperiksaan akhir tahun sebelumnya. Jelas di sini, bahawa ’ Gagal sekali, bukan gagal selama-lamanya’ ,

Detik 6 Ogos 1989, beliau kembali ke kampus untuk mengambil jubah akademik bagi menyertai konvokesyen pada hari esoknya. Esoknya, masuklah beliau ke dalam dewan konvokesyen melalui perbarisan untuk menaiki pentas menerima segulung ijazah. Dalam suasana hening di dewan itu, dengan muzik latar yang lembut dan lunak, berhenti beliau untuk menerima ijazah daripada canselor. Beliau dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Politik dan Kesusasteraan daripada universiti yang tersohor ketika itu. Seperti halnya dengan beberapa teman lain, beliau dan keluarga bergegas pula ke kedai foto di sekitar Gelugor untuk sekali lagi mengambil foto dengan bersama keluarga. Serentak dengan majlis konvokesyen itu, pesta konvo diadakan di padang universiti selama beberapa hari.

Dalam keletihan pada hari konvokesyen itu, sewaktu ingin melelapkan mata tidur, terkenang peristiwa ketika beliau dibuang dari Universiti Er Langa kerana tidak mendapat jaminan daripada kerajaan Malaysia, wajah suci mendiang datuk yang berhasrat menjual semua tanah pusaka milik keturunan mereka dan ketika gagal memasuki UKM. Kini, terjangkau sudah cita-cita si miskin untuk berdiri di hadapan seorang canselor, dipisahkan oleh sebuah meja dengan cokmar berkedipan sinar ditimpa cahaya, terlentang di atasnya, menyaksikan huluran kedua-dua belah tangannya, menerima sebuah pengiktirafan pencapaian akademik yang dinafikan keberuntungan memperolehinya kepada sekian ribu anak lain yang senasib dengannya.

Tanggal 7 Ogos 1989, merupakan detik yang paling bersejarah dalam hidup beliau. Pada hari tersebut, beliau telah dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Politik dan Kesusasteraan.

Pendapat Siri mengenai warisan seni budaya.

Menurut Siri, warisan merupakan sesuatu yang diperturunkan daripada generasi terdahulu iaitu tinggalan nenek moyang atau tinggalan alam semulajadi yang perlu dipelihara. Justeru, pada tahun 2007, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah mewartakan 173 butiran warisan negara diangkat dan diisytiharkan sebagai warisan kebangsaan.

Walaupun kepesatan pembangunan negara berlaku dengan pantas, namun pemuliharaan dan pemeliharaan khazanah lama negara perlu dilestarikan supaya ia dapat diwariskan kepada generasi akan datang. Tanggungjawab ini perlu digalas bersama dalam mendidik anak-anak supaya mereka menghargai dan mencintai warisan dan khazanah negara mereka sendiri serta menanam rasa bangsa pada harta yang mereka miliki. Setiap individu dalam masyarakat juga haruslah sedar akan tanggungjawab mereka dalam pemuliharaan warisan.

Penglibatan beliau dalam usaha memartabatkan warisan kebudayaan, kesenian dan kesusasteraan telah diberi pengiktirafan di peringkat negara dan antarabangsa.

Bakat Siri sebagai Tok Dalang wayang kulit Siam Kelantan.

Minat beliau terhadap bidang kesenian telah diterapkan ke dalam jiwanya sejak kecil lagi. Bapa beliau, Nai Neng Buah merupakan seorang yang berbakat besar dalam bidang kesenian. Neng Buah berkebolehan dalam mempersembahkan tarian menora, mak yong dan seterusnya menjadi dalang wayang kulit.

Permainan wayang kulit Siam Kelantan merupakan persembahan patung-patung yang digerakkan oleh Tok Dalang berlatarkan layar putih dan diterangi sinar cahaya. Ia tergolong dalam kumpulan teater tradisional. Komponen penting dalam permainan wayang kulit ialah dalang, patung, kelir (kain layar putih) dan muzik. Wayang kulit dimainkan di pesta-pesta keramaian seperti perayaan diraja, temasya selepas menuai padi, acara menyembah guru, mengubati orang sakit, upacara puja semangat dan ritual yang lain.

Terdapat dua jenis bentuk wayang kulit iaitu wayang kulit yang dipuja dan tidak dipuja. Misalnya dalam wayang kulit Siam Kelantan , terdapat tiga jenis patung wayang kulit yang dipuja iaitu patung Pak Dogol, Patung Maharisi, dan Sang Kaki Darkala. Patung Pak Dogol dikatakan paling keramat kerana dipercayai, Pak Dogol adalah jelmaan Dewa Soh Alam Tunggal. Maka sebagai tanda pemujaan terhadap patung tersebut, tok dalang akan melilitkan benang mentah pada lehernya selepas upacara buka panggung. Ketiga-tiga watak ini dikatakan dapat melindungi tok dalang serta ahli kumpulan wayang kulit daripada ancaman kumpulan wayang kulit yang lain. Maka, ketiga-tiga patung ini tidak boleh dipijak, dilangkahi dan harus diletakkan di tempat yang tinggi. Kononnya, sekiranya salah satu daripada ketiga-tiga patung ini dipijak, ia akan menyebabkan seseorang itu ditimpa musibah.

Patung wayang kulit yang tidak dipuja pula terdiri daripada patung-patung wayang kulit yang telah diadaptasikan daripada watak-watak moden seperti unsur-unsur alam, kenderaan dan sebagainya yang mempengaruhi gaya persembahan wayang kulit pada masa kini akibat arus pemodenan. Beliau telah mendapat tunjuk ajar dalam persembahan wayang kulit daripada ayahnya. Semenjak mula berkhidmat sebagai pegawai kebudayaan dan belia pada tahun 1978, bakat beliau dalam bidang kesenian telah digilap. Beliau seringkali mengadakan persembahan dalam majlis kesenian dan kebudayaan yang diadakan oleh kerajaan Negeri Terengganu. Beliau berkebolehan untuk menjadi tukang karut dalam persembahan Boria.

Kejayaan terulung yang dicapai oleh beliau bermula sejak beliau mula bergiat aktif dalam persembahan kebudayaan setelah menganggotai Persatuan Kelab Sunan Wijaya Darul Naim pada tahun 2002. Persatuan ini telah didaftarkan sebagai sebuah persatuan yang menjalankan gerak kerja berdasarkan kegiatan kesenian seperti dikir Barat, wayang kulit, seni silat dan sebagainya di sekitar Kuala Lumpur . Kebanyakan ahli persatuan ini terdiri daripada warga tempatan yang berasal dari Pantai Timur dan bermastautin di Kuala Lumpur . Pada 8 hingga 9 Julai 2007 yang lalu, beliau telah mencatat sejarah sebagai orang bukan Melayu pertama dipilih untuk menjadi dalang wayang kulit peringkat Malaysia terpilih untuk mengadakan persembahan wayang kulit di Istana Budaya .

Antara pemuzik-pemuzik yang digandingkan dalam persembahan tersebut ialah Seniman Negara, Hamzah Awang Amat, Dalang Yusof Mamat atau dikenali sebagai Pak Son Lapok serta Dalang Dollah Baju Merah dan Dalang Saari Terengganu, kebolehan beliau bertutur dalam pelbagai bahasa merupakan satu kelebihan yang ada pada beliau untuk menarik minat penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang menyaksikan persembahan tersebut di Istana Budaya.

Pada 8 julai 2007 yang lalu. beliau telah mengetuai Persatuan Kelab Sunan Sriwijaya untuk mempersembahkan persembahan wayang kulit Siam Kelantan yang diadakan di Istana Budaya anjuran Persatuan Kelab Sunan Sri Wijaya. Persembahan wayang kulit Siam Kelantan yang dipersembahkan oleh beliau mengisahkan bagaimana seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Canang Klenang telah menjelma keluar daripada pusat Pak Dogol yang bernanah. Canang Klenang kemudiannya berhasrat pula untuk mengahwini Tuan Puteri Siti Dewi iaitu permaisuri Seri Rama. Permintaannya yang aneh ini telah menyebabkan beliau digantung secara songsang oleh Pak Dogol pada sebatang pokok. Bagaimanapun, Canang Klenang telah dilepaskan daripada gantungannya oleh dua ekor Bota bersaudara yang secara kebetulan dalam perjalanan menuju ke Istana Seri Rama untuk tujuan menyamun. Namun telah berlaku pula perkelahian antara Canang Klenang dan Bota-Bota berkenaan setelah beliau cuba menghalang niat mereka. Seri Rama telah memanggil Mah Babu Sanan untuk menujum dan menilik tentang siapakah di sebalik angkara yang berlaku melibatkan beliau serta ingin mengetahui siapa sebenarnya Canang Klenang.

Pada 9 Julai 2007 yang lalu, beliau telah mempersembahkan persembahan wayang kulit Siam kelantan buat kali kedua. Persembahan wayang kulit yang persembahkan oleh beliau pada malam itu mengisahkan tentang seorang raja yang terpaksa melarikan diri daripada negerinya setelah menyedari bahawa beliau akan dibunuh dan darahnya akan disimbah pada Istana Seri Rama lantaran beliau merupakan anak kelahiran yang sulung (pertama). Sememangnya, menjadi tuntutan untuk diambil darahnya bagi tujuan tersebut. Malah semua keturunannya kelak yang merupakan anak kelahiran pertama, akan menerima akibat yang sama jika diketahui oleh Seri Rama. Raja tersebut kemudiannya tinggal di sebuah negeri dan beliau dikenali sebagai Koma Sakti. Beliau juga mempunyai seorang anak yang dikenali sebagai Tuan Kecil Raja Budak. Namun telah timbul juga pertanyaan kepada Seri Rama tentang siapa sebenarnya Tuan Kecil Raja Budak kerana beliau merupakan seorang kanak-kanak yang gagah berani serta berkemampuan menewaskan Jin Aprit semasa perkelahiannya. Di samping itu, Tuan Kecil Raja Budak turut juga dapat menewaskan burung garuda yang ganas ketika cuba menyerangnya.

Dalam persembahan wayang kulit, Siri seringkali memainkan watak sebagai Dalang Tua, iaitu watak utama dalam persembahan wayang kulit. Berbeza dengan dalang-dalang wayang kulit yang lain, beliau masih mengamalkan upacara membuka panggung sebelum memulakan persembahan, Upacara buka panggung dalam persembahan wayang kulit diadakan untuk melancarkan persembahan. Sebelum memulakan persembahan wayang kulit, dalang akan memastikan setiap peralatan yang hendak digunakan sewaktu persembahan telah disediakan oleh penaja atau tuan punya majlis tersebut. Ini kerana, satu upacara akan diadakan dengan menghidangkan sajian untuk persembahan kepada semangat yang dipercayai menduduki patung wayang kulit dan juga alat-alat muzik. Setiap persembahan wayang kulit sememangnya akan dimulakan dengan sajian memuja semangat.

Antara peralatan yang digunakan untuk membuka panggung dalam persembahan Wayang kulit Siam Kelantan :

a) Air Manis

b) Telur

c) Benang Hidup

d) Sirih

e )Rokok Daun

Para penonton akan teruja melihat persembahan wayang kulit yang dipersembahkan masih mengekalkan keaslian dari segi persembahannya. Menurut beliau, upacara membuka panggung adalah untuk meminta izin dengan memanggil semangat dari roh-roh orang yang berkenaan . Keizinan ini bagi memanggil mereka supaya datang beramai-ramai menjiwai persembahan wayang kulit agar patung-patung itu nampak bersemangat dan kelihatan hidup semasa persembahan.

Upacara berjamu ini juga dilakukan bertujuan untuk memberi satu kesan yang mendalam kepada seseorang dalang ketika menghayati satu-satu watak. Jampi dan mantera dibaca awal permainan untuk membantu seseorang dalang dalam melancarkan permainan dan persembahan dalam persembahan wayang kulit Siam Kelantan, beliau seringkali menggunakan ayat-ayat suci Buddha untuk memulakan persembahan.

a) Mantera untuk memulakan persembahan:Put tho put thangNak kan tangArahang put thoNak mo put tha yakTham mo tham mangNak khan tang

Arahang puttho nak mo put tha yak

 

b)Mantera untuk mengangkat patung wayang kulitSang kho sang khangNak kan tangArahang puttho

Nak mo put tha yak

 

c) Mantera ketika memakai tali pinggang ;Nak mak nak akNa ko nak khak

Nak ak kak ang

 

Mantera juga untuk membantu dalang memperkuatkan daya ingatannya dalam mengeluarkan dialog di samping menumpukan segala tenaga dan pemikirannya untuk persembahan. Jampi yang dibaca oleh seseorang dalang menukar suara mengikut watak yang dimainkan, d) Mantera untuk menukar suaraCanang-canang tak khok tikTit chak thammangMaha chatitPho thik yaSak thang thammang

Nak mo thammang

 

Jampi ini juga bertujuan untuk mengelakkan dalang daripada sebarang kesilapan ketika mengendalikan persembahan seperti menuturkan dialog, menggerakkan tangan, melarikan patung-patung di atas kelir dan mengelakkan dalang dari mengantuk. Untuk menunjukkan kesaktian, roh-roh ini akan menjelma dengan diizinkan oleh tuhan dari kayangan. Mereka adalah makhluk-makhluk ghaib yang mendiami di kawasan kayangan dan tidak ada manusia yang dapat melihat dengan mata kasar kecuali dengan mata batin atau mata rohani. Tok dalang juga tidak dapat melihat roh-roh tersebut tetapi mereka percaya dengan semangat yang mereka lakukan tersebut. Untuk memanggil roh-roh dan semangat itu tadi, tok dalang sebagai tuan rumah mestilah menyediakan sajian untuk roh dan semangat.

 

Pencetus Idea Penganjuran Citrawarna Malaysia

 

Citrawarna Malaysia merupakan salah satu persembahan steert performance yang mula diperkenalkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada tahun 1999. Ia bertujuan untuk menyerlahkan kekayaan warisan budaya negara melalui muzik, dan nyanyian. Pesta Citrawarna yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan yang dianjurkan pada tahun 1999 merupakan idea beliau dan beberapa orang pegawai yang bertugas di jabatan kebudayaan dari seluruh negara. Ketika itu, beliau bertugas sebagai pegawai kebudayaan Pulau Pinang. Idea tersebut timbul berikutan hasrat pihak Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan yang ingin menjadikan industri pelancongan sebagai industri utama yang menjana peningkatan sektor ekonomi negara berikutan kemelesetan ekonomi yang melanda rantau Asia Tenggara sekitar tahun 1997. Pihak kementerian juga bercadang untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Seni Budaya seperti Bandaraya San Paolo di Brazil, Bandaraya Madrid di Sepanyol dan BandarayaTokyo di Jepun yang seringkali kali dikenali di serata dunia kerana keunikan budayanya. Beliau berpendapat, Malaysia berpotensi untuk menjadi pusat pelancongan tumpuan pelancong-pelancong dari luar negara kerana selama ini Malaysia dikenali di persada dunia kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Malahan jika dibandingkan dengan negara–negara lain di dunia, Malaysia dikatakan unik kerana rakyatnya meraikan pelbagai kaum menyambut pelbagai jenis perayaan. Di sesetengah negara seperti Brazil, pesta budaya las parasi merupakan acara tahunan yang telah diwartakan sebagai acara tahunan dalam negara mereka. Cadangan ini kemudiannya telah disuarakan kepada Datuk Seri Syeikh Kadir Fadzil. Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan telah memutuskan untuk melantik pegawai-pegawai sebagai pemerhati ke luar negara pada musim seni budaya untuk meninjau proses penganjuran dan perlaksanaan pesta budaya tersebut. Ada pegawai kebudayaan yang dilantik menjadi pemerhati pesta budaya Las padihal di Mexico, pesta budaya La Tomatina di Sepanyol dan pesta Hanami di Jepun. Visual perarakan tersebut kemudiannya ditayangkan kepada pegawai-pegawai dari kementerian untuk dibuat soal selidik agar bersesuaian dengan amalan dan budaya masyarakat Malaysia. Maka dengan itu, Datuk Seri Syeikh Kadir Fadzir telah mempersetujui idea tersebut. Maka dalam mesyuarat jawatankuasa induk bersama wakil-wakil pegawai kebudayaan dari setiap negeri. Pegawai-pegawai kebudayaan telah ditugaskan untuk mempersembahkan kebudayaan dari negeri masing –masing untuk dipersembahkan kepada para pelancong menjelang Bulan Mei 1999. Masyarakat di Borneo juga turut dijemput untuk mempamerkan kebudayaan mereka seperti Tarian Ngajat dan Tarian Sumazau yang telah menjadi daya penarik utama sektor pelancongan di Kepulauan Borneo. Penganjuran Pesta Citrawarna Malaysia telah berjaya menggamit kedatangan pelancong ke Malaysia sepanjang tempoh 1999 sehingga kini. Berikutan kejayaan itu, beliau telah dianugerahkan Anugerah Khidmat Cemerlang daripada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sempena Hari Keputeraan Baginda., Beliau juga telah meminta kebenaran daripada Datuk Syeikh Kadir Fadzil untuk memasukkan kebudayaan masyarakat Siam dalam pesta Citra warna tersebut agar masyarakat Malaysia global dapat mengetahui bahawa masyarakat Siam juga merupakan sebahagian daripada rakyat Malaysia . Setelah mendapatpersetujuan daripada pihak kementerian, beliau telah memaklumkan kepada Dato’ Charen mengenai cadangan tersebut. Lanjutan daripada idea tersebut, Dato’ Charen telah mengadakan mesyuarat dengan semua masyarakat Siam di seluruh Malaysia . Melalui mesyuarat tersebut, pegawai-pegawai kebudayaan Siam dilantik di setiap daerah di negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Perak untuk melatih dan membimbing masyarakat Siam dalam persembahan budaya seperti tarian menora, tarian ramvong, dan sebagainya. Dalam penampilan kali petama masyarakat Siam dalam pesta Citrawarana, masyarakat Siam telah mempamerkan adat meminang Siam yang telah diwarisi sejak sekian lama. Selain itu, masyarakat Siam juga turut mempersembahkan tarian budaya mereka dengan diiringi lagu Khan Mark Ma laew oleh Jungjut Chiaw Chan Chai , seorang penyanyi Thailand .  Kemuncak persembahan masyarakat Siam Malaysia adalah pada tahun 2001 di mana masyarakat Siam Malaysia telah mempersembahkan perayaan Loy Krathong. Dalam persembahan tersebut, beliau telah memberikan suara latar sepanjang persembahan tersebut kepada para penonton yang kebanyakannya terdiri daripada pelancong asing mengenai asal usul dan kepentingan tarian menora kepada masyarakat Siam Malaysia. Persatuan Siam Malaysia telah mengundang seorang penyanyi khas dari Thailand . Kristy Jensen untuk menyanyikan lagu ‘’ Loy Krathong”. Persembahan yang ditunjukkan oleh masyarakat Siam Malaysia telah mendapat mendapat pujian daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan juga Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Seri Syeikh Kadir Fadzil. Semenjak itu, masyarakat Malaysia mula mengenali orang Siam.  Malahan dalam setiap persembahan kebudayaan, masyarakat Siam sering kali dijemput untuk mengadakan persembahan di peringkat nasional mahupun negeri. Tarian budaya masyarakat Siam yang paling mendapat tempat adalah tarian menora. Ini kerana, tarian tersebut mempamerkan nilai estetika yang tinggi dari segi persembahan, pakaian dan juga sejarah di sebalik pengasasan tarian tersebut. Malahan, jika dibandingkan dengan tarian budaya masyarakat Siam yang lain, tarian menora merupakan tarian yang paling sukar dikuasai kerana ketinggian nilai seninya. 

Penceramah Tetap Kempen Budi Bahasa . 

Kempen Budi Bahasa telah dianjurkan pihak Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan pada 11 Januari 2005 oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi . Siri merupakan salah daripada 44 orang penceramah yang dilatih khusus oleh pihak Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan untuk memberi ceramah ke seluruh negara kepada sekolah, agensi, badan-badan kerajaan, badan-badan NGO dan juga masyarakat tertentu. Program tersebut akan berlanjutan sehingga tahun 2010 selaras dengan dasar pemerintahan negara yang diterajui oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yang lebih mementingkan pembinaan modal insan dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Sehingga kini, pihak Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan telah menyebarkan maklumat-maklumat mengenai kempen-kempen tersebut di media massa seperti televisyen, lencana, penerbitan buku, pertandingan menulis rencana budi bahasa dan cerpen. Selain terlibat sebagai penceramah tetap, beliau juga turut dilantik menjadi editor bagi penyediaan naskah tebitan mengenai kempen budi bahasa. 

Usaha mempromosikan kebudayaan masyarakat Malaysia 

Program Merakyatkan Seni merupakan suatu usaha bersekutu jabatan-jabatan di bawah KEKKWA mengetengahkan produk seni budaya dan warisan kepada khalayak, terutama di kawasan-kawasan luar bandar. Dalam program PMS muzik, sketsa, tarian, nyanyian, sajak, syarahan dan pelbagai ciri pementasan khas dihidangkan kepada khalayak dengan matlamat memperkenal, membimbing, meminati dan mengekalkan intisari dan daya tarikan seni di dalam kehidupan rakyat. Matlamat Program Merakyatkan Seni adalah memperkenal, mengasuh, membimbing dan mengekalkan intisari seni budaya dan warisan di dalam kehidupan rakyat melalui naluri kemanusiaan. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia pada bulan Julai 2007 telah menyenaraikan 50 warisan kebangsaan bersempena dengan 50 tahun kemerdekaan Malaysia. Perkara yang disenaraikan ini akan dilindungi mengikut satu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh parlimen iaitu Akta Warisan Kebangsaan 2005.  Akta Warisan Kebangsaan 2005 ini mencakupi bidang-bidang dan tugasan pemuliharaan dan pemeliharaan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan warisan kebangsaan, warisan semulajadi, warisan kebudayaan ketara, warisan kebudayaan tak ketara, warisan kebudayaan di bawah air dan perkara-perkara lain berkaitan warisan. Pada bulan Ogos 2007, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia telah mengumumkan bahawa Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan kebangsaan juga. Difahamkan pihak kementerian akan menambah perkara yang terdapat dalam warisan kebangsaan ini dari masa ke semasa. Usaha untuk memartabatkan warisan seni negara mencapai kemuncaknya apabila pucuk pimpinan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan terajui oleh Datuk Seri Haji Mohd Shafie Apdal. Dewasa ini, pengertian terhadap warisan semakin mendapat perhatian dan penghayatan oleh rakyat Malaysia, Walaupun Akta Warisan Kebangsaan 2005 telah dikuatkuasakan, namun pihak kementerian mendapati hala tuju dan Dasar Warisan Negara sudah mula diterjemahkan ke dalam pelan tindakan dan pelaksanaan pada peringkat negeri dan Kebangsaan. Oleh itu, pihak Kementerian bercadang untuk menambah daftar Warisan Kebangsaan untuk mempergiatkan lagi usaha-usaha pemuliharaan dan pemeliharaan khazanah negara.  Dalam pengisytiharan Warisan Kebangsaan pada 14 Februari yang lalu, 173 butiran warisan negara diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan. Antaranya ialah bangunan, tapak arkeologi, koleksi muzium, koleksi Balai Seni Lukis, koleksi arkeologi. Manakala bagi kategori warisan tidak ketara, sebanyak 100 jenis makanan telah diwartakan sebagai warisan tak ketara. Selaras dengan usaha pihak kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan untuk mempopularkan kembali warisan tradisi negara melalui program Merakyatkan Seni, pihak Jabatan Warisan Seni Budaya yang diterajui oleh beliau telah mengadakan program demontrasi makanan tradisional seperti kuih muih tradisi dan makanan tradisi untuk memperkenalkannya kepada rakyat Malaysia terutamanya generasi muda. Kriteria utama pemilihan makanan tersebut ialah semua agama, kaum dan bangsa di Malaysia boleh menikmati makanan tersebut. Dalam usaha untuk mempromosikan makanan tradisi Malaysia kepada dunia, baru-baru ini, pihak jabatan warisan negara telah mengadakan promosi makanan tempatan dalam persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris baru-baru ini. Tidak lama lagi, pelbagai makanan traditional telah dipilih untuk dijadikan santapan pegawai tertinggi di pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York. Sumbangan utama Siri dalam program ini adalah memperkenalkan kebudayaan masyarakat Siam Malaysia seperti majlis perkahwinan, tarian-tarian utama masyarakat Siam seperti menora, ramvong, khlong jau dan sebagainya. Dalam persembahan tarian tradisional masyarakat Siam Malaysia, pertubuhan-pertubuhan Siam yang utama seperti PEKEMAS, PESILA dan PERSAKAS sering mengambil bahagian. PEKEMAS yang diasaskan oleh Manit See Nam baru-baru ini telah membawa rombongan penari menora dari Kedah untuk mempersembahkan tarian tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini. Menora telah diwartakan sebagai warisan kebangsaan pada 18 November yang lalu. Ketinggian nilai seni yang terdapat pada menora membolehkan tarian tersebut dipilih sebagai warisan kebangsaan negara. 

Bakat Siri Neng Buah dalam bidang kesusasteraan Melayu 

Dalam bidang kebudayaan dan Warisan, Siri Neng Buah merupakan pegawai kebudayaan yang berbangsa bukan Melayu yang seringkali terlibat dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian Melayu. Hubungan yang rapat dengan masyarakat Melayu telah terjalin sejak kecil lagi membolehkan beliau dapat menguasai bidang kesusasteraan Melayu dengan baik. Beliau dibesarkan dalam persekitaran yang dikelilingi oleh jiran-jiran yang berbangsa Melayu. Dalam bidang kesusasteraan Melayu, beliau berkebolehan dalam menulis puisi, gurindam, sajak dan sebagainya. Malahan semasa di alam persekolahan, beliau sering mendapat markah tertinggi dalam mata-pelajaran Kesusasteraan Melayu. Kebolehan beliau dalam bidang kesusasteraan mengatasi pencapaian pelajar-pelajar Melayu di sekolah. Menurut beliau, syair adalah sejenis puisi tradisi dan berangkap-rangkap dilagukan. Berbeza dengan pantun, syair tidak mempunyai pembayang maksud kerana setiap baris mempunyai makna yang berkaitan dengan baris terdahulu dan mencari sesuatu kisah. Ujar beliau lagi, syair dikatakan berasal dari Parsi yang dibawa masuk ke alam Nusantara semasa kedatangan Islam. Bukti kewujudan syair tercatat dalam buku sejarah Melayu semasa kedatangan Islam. Bukti kewujudan syair tercatat dalam buku Sejarah Melayu semasa mengisahkan peminangan Puteri Gunung Ledang. Syair biasanya tidak diketahui pencipta asal kerana ia merupakan milik bersama masyarakat Melayu. Menurut beliau, terdapat lebih kurang 12 melodi utama dalam syair iaitu Melodi Tok Kenali, Temenggung Bilal Othman, Siti Zubaidah, Narasi, Istana Dakwah, Perantau , Hiasan, Pucuk Kelumpang, Perindu dan Dodoi. Pantun, menurut beliau adalah sejenis puisi rakyat dalam sastera lisan Melayu dan dicipta sebagai penyataan fikiran dan perasaan. Antara jenis pantun ialah pantun adat, pantun kiasan, pantun budi, pantun kepahlawanan, pantun jenaka dan pantun kasih. Ujar beliau, binaan pantun terdiri daripada pembayang maksud. Pantun dibina dalam bentuk 2 rangkap, 4 rangkap, 6 rangkap dan 8 rangkap. Lagu-lagu Melayu Asli, Dondang Sayang ,Dikir Barat mengandungi nyanyian berasaskan pantun. Kepakaran dan ketokohan beliau dalam bidang kesusasteraan Melayu telah diakui oleh pelbagai pihak. Siri seringkali dilantik menjadi juri dalam pertandingan pantun, gurindam, syair dan sajak di peringkat kebangsaan. Pada 8 Oktober 2008 yang lalu, beliau telah dilantik menjadi pengerusi dalam Seminar dan Pendokumentasian Syair Melayu : Penghayatan Melalui Penyelidikan dan Persembahan anjuran Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.  Di peringkat kebangsaan, beliau sering menjadi pembentang makalah tentang Dunia Melayu, Sejarah Nusantara dan Seni Budaya peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau sering dijemput untuk membentangkan kertas kerja di Indonesia, Thailand, dan Brunei. Misalnya pada 21 Disember 2008 yang lalu, beliau telah diberi penghormatan untuk membentangkan kertas kerja beliau dalam Seminar Internasional Pendidikan di Sekolah Tinggi Islam Jamiah Mahmudiyah Tanjung Pura, Langkat, Sumatera, Indonesia. Beliau juga pernah menghasilkan karya puisi (bersama) khas sempena majlis perhimpunan NGO kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Pantun–pantun ciptaan beliau seringkali menghiasi laman majalah, poster dan buku –buku terbitan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Berikut merupakan contoh pantun rekaan beliau yang dijadikan penghias latar sesuatu proster Festival Pantun Korporat yang telah berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 2007 yang lalu.Terbang jeti belatuk pun terbangWardi dinyiur terbang ke dapurBesarnya hati Dato’ bertandangSudilah menyuruh benang sekapurNyiruh getah si pohon kayuMewangi melur di celah sempayaSirih matang pinang pun gayuSudilah dihulur mengapurlah saya( Siri Neng buah: 2007) Malah beliau juga seringkali menjadi pakar rujuk dalam proses penciptaan pantun. Misalnya dalam Festival Pantun Korporat yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pada tahun 2007 yang lalu, beliau telah dilantik menjadi juri dalam pertandingan mencipta pantun sempena Festival Pantun Korporat 2007. Beliau juga diberi penghormatan untuk menghasilkan sajak sempena pementasan teater Puteri Hang Li Po yang dipentaskan di Istana Budaya pada tahun 2006. Sajak beliau yang bertajuk Bisikan Hati Seorang Kekasih telah dideklamasikan kepada khalayak umum ketika pelancaran teater Hang Li Po yang telah dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Seri Rais Yatim yang menerajui kementerian tersebut. 

Bisikan hati Seorang Kekasih 

Bukan senyampang ku renungi peromanRaja Melaka di Pulau Sebat hari ituAku muk berpijak di tanah kenyataanRuadat mengalir membasut kesumatBenih pekerti kahrab terturas dari benuaLi po ditatang seribu kebesaranSelaksa kemuliaanBerarak beladun panji-panji seratus BiramSebaik pijak pasir MelakaLangsung ke dalamDemikian adatnya pada puteri berdaulatAkan Sultan darjat setara langitMendekati bagai bayang bulan di wilahar heningSegak Ayam menyempurnakan asalNisab Nusyirwan,rata masyik MaghribDari pusat Samudera ke AndalusSeguntang MahameruMerapati rakyat memperkasa pulaMerendah suara tersimpul dalam wibawaWarba durjanya lautan maduSenyuman menyimpa seribu rahsiaTelabat tawakal bicara berakalIkram bersemadi adil sehingga pacal di pasirPengilang kedal paduka di bencaInilah jodohmu wahai Li PoTidak ku dayus bergelar lelakiRelaku tegak di bawah cempanamu( Siri Neng Buah, 2006) Beliau pernah dilantik sebagai penasihat Sejarah dalam pementasan teater Tun Perak bersama beberapa tokoh terkenal tanah air seperti Profesor Datuk Dr Ramlah Adam dan Profesor Zainal Kling. Teater tersebut telah ditayangkan di Istana Budaya pada 6-20 Mei 2000. Drama tersebut mengisahkan tentang peranan Tun Perak dalam usaha pembentukan empayar Melaka. 

Penulis Sejarah 

Sejarah merupakan satu lagi bidang yang amat diminati oleh beliau selain bidang kesusasteraan Melayu. Hasil-hasil karya beliau seringkali diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kebanyakan bidang penulisan Sejarah beliau adalah tertumpu terhadap sejarah kerajaan negeri awal di semenanjung Tanah Melayu dan Thailand seperti Suvarnabumi, Funan, Singhanavati, Pan-Pan ,dan juga Raktamaritika. Karya tulisan sejarah beliau yang paling terkenal ialah Sejarah Asal Usul Masyarakat Siam Malaysia. Karya tersebut juga telah dibentangkan dalam Seminar Kebudayaan Masyarakat Siam Kelantan pada 10 September 1998. Karya tersebut dibuat berasaskan penyelidikan beliau berdasarkan sumber-sumber sejarah tempatan dan Thailand. Karya tersebut seringkali digunakan oleh para pengkaji sejarah untuk mengkaji asal-usul masyarakat Siam. Hasil kerja beliau dianggap penting kerana ia memberikan maklumat mengenai kewujudan masyarakat Siam Malaysia. Sebelum ini, terdapat beberapa pengkaji tempatan dan luar negara yang telah membuat kajian tentang masyarakat Siam Malaysia seperti C. Archaimmbault, Louis Golomb, Robert Winzular dan Profesor Muhammad Yusof Hashim.

 Latar belakang Masyarakat Siam Malaysia

 Masyarakat Siam Malaysia kebanyakannya menetap di kawasan utara Semenanjung Malaysia iaitu di Kedah, Perlis, Perak, Kelantan dan sebahagian kecilnya di negeri Terengganu. Masyarakat Siam dianggarkan berjumlah 60,000 (Bernama, 16 Disember 2008) masih belum mempunyai sebuah parti politik. Sebahagian besar daripada jumlah masyarakat Siam Kedah menetap di kedah iaitu berjumlah 30,000 orang (The Star, 25 April 2008) ,13000 orang di Kelantan ( Harakah, 4 Mei 2008), 6000 di Perlis dan 2000( Utusan Malaysia, 2 Disember 2008) di Perak. Hampir kesemua Masyarakat Siam Malaysia menganuti ajaran agama Buddha, sama seperti masyarakat Thai di Thailand. Tempat beribadat mereka dikenali sebagai wat. Kebiasaannya, wat akan dijadikan tempat untuk masyarakat Siam bersembahyang ketika wan phrak (hari suci dalam agama Buddha). Di samping itu, masyarakat Siam di Malaysia akan mengunjungi wat ketika diadakan upacara buat phrak (masuk sami), pesta Songkran (tahun baru Siam) dan sebagainya lagi. Institusi wat juga berperanan sebagai institusi pendidikan agama Buddha yang menawarkan pendidikan dalam bahasa Ibunda masyarakat Siam, iaitu phasa Thai (Bahasa Thai) bermula dari peringkat anuban (pra-sekolah), pho 1- 3 ( peringkat tahun 1 hingga 3), peringkat ketiga dikenali sebagai nak tham tri, peringkat keempat dikenali sebagai nak tham tho dan peringkat kelima dikenali sebagai nak tham eak. Setelah seseorang anak siam berjaya lulus dalam peperiksaan bahasa Thai, mereka akan dianugerahkan dengan Sijil Dhammaseksa sebagai tanda bahawa seseorang Siam telah mendalami ajaran Buddha sepenuhnya. Faktor penempatan masyarakat Siam di Malaysia di kawasan pedalaman dikatakan menjadi faktor utama yang menyebabkan mereka terpinggir dari arus permodenan berbanding dengan masyarakat Portugis di Melaka. Berbeza dengan masyarakat Siam Malaysia, masyarakat Portugis menetap di kawasan bandar iaitu di kawasan Ujong Pasir, di Melaka. Meskipun jumlah masyarakat Portugis di Malaysia lebih sedikit berbanding masyarakat Siam, penempatan mereka yang terletak di kawasan bandar mendedahkan mereka kepada sistem pendidikan, dan perniagaan. Melalui penglibatan mereka dalam bidang pendidikan dan perniagaan, masyarakat ini berpeluang untuk mencapai kesejahteraan hidup yang lebih baik daripada masyarakat Siam Malaysia yang menetap di kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia. Dalam bidang perniagaan, Datuk Tony Fernandas merupakan tokoh korporat masyarakat Portugis yang terkenla di seluruh Malaysia. Malah dalam bidang perkhidmatan sekalipun, jumlah masyarakat Portugis yang bergelar golongan profesional adalah lebih ramai berbanding dengan masyarakat Siam Malaysia. Bagaimanapun, masyarakat Siam di Malaysia pada hari ini telah mengalami penghijrahan dari segi pemikiran. Mereka sudah mula memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka, dan melibatkan diri dalam bidang perkhidmatan dan perniagaan. Dalam bidang sosial, sudah ada masyarakat Siam yang telah dilantik menjadi senator, profesor, dan banyak lagi. Kebanyakan mereka adalah berasal dari keluarga Siam yang menetap di kawasan luar bandar. Namun, beliau berpendapat, pendidikanlah yang telah membawa perubahan kepada masyarakat Siam pada hari ini. Selama ini, masyarakat Siam terkenal sebagai penyokong setia kepada pucuk pimpinan kerajaan yang diterajui oleh Kerajaan Barisan Nasional. Sebagai membalas kesetiaan masyarakat Siam terhadap kerajaan, mantan Perdana Menteri, Tun Dr, Mahathir Mohammad menjelaskan bahawa seorang perwakilan bagi mewakili masyarakat minoriti Siam akan dilantik untuk membolehkan segala kebajikan masyarakat minoriti ini terjamin. Bagi mengotakan janji tersebut, beliau telah mengumumkan perlantikan bekas Pengarah Kastam Negeri Kedah, Charen Intachat ( kini Dato’ Charen) sebagai Senator masyarakat Siam pertama selepas 33 tahun penubuhan negara Malaysia. Pengumuman tersebut telah diumumkan semasa beliau mengadakan perjumpaan bersama pemimpin-pemimpin dan masyarakat Siam dari seluruh Malaysia di Wat Visutthipradittharam, Kampung Titi Akar pada 4 Januari 1996. Perlantikan Charen Intachat sebagai senator pertama masyarakat Siam Malaysia merupakan satu penghormatan yang tidak ternilai harganya kerana perjuangan mereka selama ini untuk meminta agar pihak kerajaan melantik seorang wakil bagi mewakili masyarakat Siam di seluruh Malaysia telah tercapai. 

Sebuah Persatuan Politik Untuk Masyarakat Siam Malaysia 

Bagi Siri, dengan adanya parti politik, segala masalah masyarakat siam akan dibela dan didengar. Orang Siam Malaysia agak ketinggalan dari segi sosial, akademik dan tidak ada pemimpin dalam kerajaan yang boleh menyuarakan hak mereka. Persatuan Siam Malaysia ditubuhkan pada tahun 2000 dengan Senator Datuk Charen Intachat sebagai presiden pertama. PSM mempunyai dua tujuan utama iaitu, melindungi hak-hak kepentingan orang-orang Siam di Malaysia dan menjaga keharmonian masyarakat Siam Malaysia.  Sejak penubuhan persatuan ini pada tahun 2000, PSM muncul sebagai parti politik masyarakat Siam yang utama sehingga kini. Penubuhan Persatuan Siam Malaysia telah merintis jalan ke arah usaha untuk memajukan masyarakat Siam Malaysia dalam pelbagai bidang seperti bidang sosial, ekonomi dan politik. Persatuan ini yang ditubuhkan pada tahun 2000 masih dianggap baru. Persatuan ini masih lagi bernaung di bawah UMNO dalam usahamemajukan masyarakat Siam Malaysia. 

Latar belakang persatuan politik masyarakat Siam Malaysia sebelum tahun 2000. 

25 tahun lalu, parti politik pertama masyarakat Siam telah ditubuhkan secara tidak rasmi dikenali sebagai Persatuan Thai Malaysia. Persatuan ini beribu pejabat di Pejabat Konsul Besar Thai Pulau Pinang. Keahliannya terdiri daripada masyarakat Siam Malaysia yang kebanyakannya bekerja di Pulau Pinang terutamanya pegawai–pegawai kerajaan seperti guru, kerani dan sebahagiannya terdiri daripada mahasiswa universiti. Pucuk pimpinan Persatuan Thai Malaysia telah diambil alih oleh Encik Songram Apau menggantikan Mendiang Suk Buranakkon. Perlembagaan persatuan ini telah menetapkan bahawa keahlian Persatuan Thai Malaysia adalah untuk seluruh masyarakat Siam Malaysia. Namun, seperti yang diketahui, orang Siam di Malaysia kebanyakannya tertumpu di negeri –negeri utara Semenanjung Malaysia iaitu di Kedah, Perlis, Perak dan dan sebahagian kecil masyarakat Siam yang lainnya menetap di Kelantan dan Terengganu. Faktor geografi menyukarkan masyarakat Siam di Malaysia untuk menganggotai persatuan ini. Ini menyebabkan segala aktiviti persatuan ini hanya tertumpu di kawasan utara Semenanjung sahaja. Detik 4 Januari 1996 merupakan detik paling bersejarah bagi masyarakat Siam di seluruh Malaysia. Buat pertama kali dalam tempoh 39 tahun selepas kemerdekaan, pihak kerajaan Malaysia di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional telah melantik seorang wakil daripada masyarakat Siam untuk mewakili masyarakat minoriti di Dewan Negara. Perlantikan wakil masyarakat Siam di Dewan Negara merupakan satu penghargaan daripada pihak kerajaan terhadap sokongan padu yang dicurahkan oleh masyarakat Siam di seluruh Malaysia atas sokongan dan komitmen mereka terhadap kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional. Lawatan Rasmi bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad bersama masyarakat Siam di Wat Visutpradiththaram, Kampung Titi Akar dianggap detik paling bersejarah kerana ini merupakan kali pertama seorang pemimpin negara mengadakan pertemuan langsung dengan masyarakat Siam Malaysia. Perwakilan masyarakat Siam bagi mewakili masyarakat Siam telah dilantik untuk mewakili masyarakat Siam dari negeri masing-masing. Dalam peristiwa tersebut, Siri dilantik untuk menjadi wakil bagi masyarakat Siam Terengganu. Dalam peristiwa tersebut juga, Tun Dr Mahathir telah mengumumkan perlantikan bekas Pengarah Kastam Negeri Kedah, Encik Charen Intachat sebagai senator pertama Masyarakat Siam.  Sehubungan itu, beliau dan rakan-rakan yang lain yang telah dilantik untuk mewakili masyarakat Siam bagi negeri masing–masing telah bermesyuarat dan memutuskan untuk mewujudkan sebuah Jawatankuasa Penyelaras Masyarakat Siam Malaysia untuk menubuhkan sebuah persatuan untuk mewakili masyarakat minoriti ini. Cadangan itu telah disuarakan kepada Perdana Menteri. Idea tersebut akhirnya telah dipersetujui oleh Perdana Menteri. Akhirnya, Jawatankuasa Tindakan Masyarakat Siam yang dipengerusikan oleh Encik Charen Intachat telah ditubuhkan, Jawatankuasa tersebut telah memutuskan agar persatuan-persatuan Siam peringkat negeri dibubarkan dan digantikan dengan Persatuan Siam Malaysia. Siri telah diberi tugas untuk menyiapkan proposal kertas kerja beliau yang bertajuk ‘Kanakkhammakan Phae Jokhjong Khon Thai Malaysia’ (Jawatankuasa Penyelaras Perhubungan Masyarakat Siam Malaysia) untuk dibentangkan di Parlimen. Hasil pembentangan kertas kerja tersebut telah diperkenankan oleh Kabinet. Pada Tahun 2000, Persatuan Siam Malaysia telah ditubuhkan dengan perlantikan Yang Berhormat Senator Dato’ Charen Intachat sebagai presiden pertama. Sekitar tahun 1960-an, terdapat Persatuan Siam Kedah yang dipengerusikan oleh Mendiang Yan Intachat. Keahlian persatuan ini terdiri daripada golongan petani dan juga sebilangan kecil masyarakat Siam yang menjadi kakitangan kerajaan dari Kedah dan Perlis. Persatuan ini bergiat aktif dalam kegiatan–kegiatan politik di Kedah. Mendiang Yan Intachat telah membantu Tun Dr Mahathir berkempen sehingga beliau memenangi pilihanraya Parlimen Kota Setar pada tahun 1964. Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya. Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO Dalam pilihanraya 1969, Encik Yan telah membantu Tun Dr Mahathir berkempen sehingga beliau dilantik semula menjadi ahli parlimen dan diterima semula sebagai ahli UMNO. Sebagai membalas jasa Mendiang Yan Intachat, beliau telah melantik anak Mendiang Yan Intachat, Encik Charen Intachat sebagi Senator Siam pertama dalam tempoh 39 tahun selepas kemerdekaan. . Terdapat persatuan Siam Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh Encik I Chong dan timbalannya, Puan Siew Chun Eam (bekas senator masyarakat Siam Malaysia), Terdapat juga persatuan Siam Kelantan /Terengganu yang dipengerusikan oleh beliau sendiri. Namun, adalah baik sekiranya sebuah persatuan ditubuhkan di peringkat kebangsaan bagi mewakili kepentingan masyarakat Siam di seluruh Malaysia. Persatuan Siam Malaysia adalah untuk semua masyarakat Siam Malaysia. Matlamat jangka panjang persatuan ini adalah untuk melahirkan lebih ramai golongan profesional dalam kalangan generasi muda Siam dalam pelbagai bidang. Malahan, jumlah pelajar Siam yang dapat memasuki menara gading masih rendah jika dibandingkan dengan golongan bumiputera yang lain. Melalui persatuan, dana-dana pengajian diwujudkan untuk membantu anak-anak Siam yang cemerlang dalam bidang akademik melanjutkan pelajaran dalam dan luar negeri. Dengan adanya pendidikan, martabat bangsa Siam akan dapat dipertingkatkan. Dengan ini, lebih ramai golongan profesional Siam akan dapat dilahirkan terutamanya dalam bidang undang-undang, perubatan dan lain-lain lagi agar masyarakat minoriti ini mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan golongan minoriti yang lain.

 Istilah Siam melambangkan status warganegara Malaysia

 Orang Siam adalah warganegara Malaysia. Dari segi pemikiran, orang Siam di Malaysia sangat menghormati Raja Bumipol Adulyadej dan Permaisuri Sirikit, Selain itu, masyarakat Siam di Malaysia juga sering menonton siaran rancangan dari Thailand dan seringkali mengikuti perubahan politik di Thailand. Ini bukanlah bermakna mereka tidak berbangga menjadi rakyat Malaysia. Menurut Puan Siti Asiah Kancana Abdullah, istilah Thai telah digunapakai buat pertama kalinya semasa zaman pemerintahan raja Chulalongkorn. Pada tahun 1874, baginda telah menghapuskan amalan hamba abdi dan buruh paksa. Segala bentuk tenaga buruh hendaklah dibayar. Istilah hai kwarm phen thai (pemberian kebebasan) merujuk kepada peristiwa memerdekakan golongan hamba abdi dan buruh paksa untuk menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa. Kemasukan beramai-ramai orang Cina dan penyerahan wilayah Patani kepada Siam telah mewujudkan kepelbagaian bangsa di Thailand. Sebelum ini, terdapat hanya satu bangsa saja iaitu Tai yang merujuk kepada orang Siam. Nasionalis-nasionalis seperti Luang Phibun Songgram telah merasakan bahawa banyak adat tradisi Thai akibat kemasukan kuasa-kuasa Barat. Maka dengan itu, pada tahun 1938, beliau telah melancarkan satu gerakan yang dikenali sebagai dasar ratthaniyom yang bertujuan untuk mewujudkan satu identiti saja. Maka, dasar ini telah mewajibkan orang –orang cina dan juga masyarakat melayu Patani menerima kebudayaan Siam sebagai kebudayaan Kebangsaan Thailand. Mereka dikehendaki bertutur dalam bahasa Thai dan menggunakan nama Siam sebagai lambang identiti bangsa Thai. Dasar ini juga telah menyebabkan ramai orang Kristian Siam menganut kembali agama Buddha. Pada bulan Jun 1939, nama Sayam telah ditukarkan kepada nama Thailand yang bermaksud ‘ tanah yang merdeka’. Faktor penempatan masyarakat Siam yang berdekatan dengan Thailand seringkali menimbulkan kekeliruan dalam kalangan sesetengah pihak yang tidak menyedari bahawa masyarakat Siam juga merupakan warganegara Malaysia. Masyarakat Siam juga sering ke Thailand untuk menghadiri upacara keagamaan dan melancong. Tetapi, hal ini tidak bermakna orang-orang Siam di Malaysia tidak menunjukkan ketaatan dan kesetiaan kepada Malaysia. Tetapi di sanalah bermulanya induk agama dan budaya Siam. Bagi masyarakat Siam yang beragama Theravada Buddha, raja dianggap sebagai Raja dikenali sebagai “Chakkraphat” atau “Chakravartin”. Orang Melayu, menganggap raja-raja Melayu sebagai ketua agama dan adat istiadat orang Melayu. Orang Siam juga menganggap raja sebagai ketua adat istiadat dan ketua agama Buddha. Raja merupakan seorang individu yang dikaitkan dengan mempunyai kuasa sakti. Kekeliruan timbul kerana faktor politik yang memisahkan bumi bertuah kepada dua negara iaitu Malaysia dan Thailand . Oleh sebab masyarakat Siam Malaysia kebanyakannya tinggal di utara dan pantai Timur Semenanjung Malaysia berjiran dengan Thailand sedikit sebanyak budaya masyarakat ini dipengaruhi oleh kebudayaan masyarakat Thailand umpamanya, pengaruh budaya, bahasa dan agama dari sana. Pengaruh inilah yang membuatkan orang-orang Siam dikatakan pendatang dari Thailand Malahan cara hidup masyarakat Siam di Malaysia juga sama dengan kebudayaan masyarakat Siam di Thailand. Misalnya kepentingan orang Siam biasanya dipegang oleh Naiban (Ketua Kampung) dan pegawai Luar Siam, yang berperanan sebagai orang tengah kepada masyarakat Siam . Naiban (Ketua Kampung) bertanggungjawab mengetengahkan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat Siam kepada pihak yang bertanggungjawab. Di samping itu, amalan agama yang sama dengan masyarakat Thai di Thailand juga turut diamalkan oleh masyarakat Siam di sini. Antara amalan agama yang sangat jelas ialah mewajibkan golongan lelaki yang berumur 21 tahun ke atas menjadi sami Buddha. Kemasukan diri seseorang dalam kehidupan sebagai seorang sami menandakan seseorang sami itu menjalankan kehidupan yang baru, menggunakan bahasa yang berbesar hati. Dalam kehadiran orang biasa, sami akan duduk di tempat yang disediakan oleh mereka. Apabila rakyat biasa hendak meminta nasihat atau memberi benda kepada sami, mereka perlu tunduk dengan tapak tangan dirapatkan. Ini kerana mengikut falsafah agama Buddha, lelaki dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan negara, bangsa dan agama Maka, dalam ajaran Theravada Buddha, golongan lelaki. Diwajibkan untuk menjadi sami sekurang-kurangnya 7 hari dalam seumur hidup. Semasa menjadi sami inilah ajaran-ajaran Buddha betul-betul diamalkan. Manakala golongan wanita pula dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal rumah tangga seperti menjaga suami, anak-anak dan rumah. Masyarakat Siam masih lagi berpegang kuat kepada fahaman animisme terutama percayakan hantu-hantu yang mengganggu kehidupan mereka. Oleh itu bomoh memainkan peranan penting di dalam kehidupan mereka. Unsur-unsur animisme itu diamalkan bersama-sama dengan amalan agama Buddha yang kuat dipegang oleh orang Siam. Menurut bekas pensyarah bahasa Thai di Fakulti Bahasa dan Lingustik, Universiti Malaya, Siti Asiah Kancana Abdullah, istilah Siam merujuk kepada penyatuan. Sebelum ini, sejarah Thai telah bermula dengan penubuhan kerajaan Sukhothai, Lopburi, Ayutthaya, Thonburi dan juga Rattanakosin ( Bangkok ). Pengaruh kebudayaan daripada kerajaan–kerajaan ini kemudiannya disatukan dalam dasar kebangsaan negara ini ketika pengasasan dinasti Chakri. Sebelum 11 Mei 1949 , Thailand dikenali sebagai Sayam. Melalui dasar nasionalisme kebudayaan dan imperialistik yang dikenali sebagai dasar Rattaniyom, nasionalis-nasionalis mula menitikberatkan kemegahan bangsa Thai dalam tahun 1930-an. Dalam bulan Jun tahun 1939, nama ” Siam ” telah ditukarkan kepada Thailand yang bemaksud negara yang bebas. Ini kerana, Siam adalah satu-satunya negara di Asia yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana pihak semasa pihak imperialis Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat, Britian, Peranchis dan lain-lain lagi. Melalui dasar ini nasionalis-nasionalis mula menitikberatkan kemegahan bangsa dan kebudayaan Thai dalam tahun 1939. Nama Siam telah ditukarkan kepada negara Thai. Pendidikan dan penggunaan bahasa Thai digalakkan. Menurut Siri, penggunaan istilah Siam akan dapat membezakan antara orang Siam di Malaysia dan Thailand . Menurut beliau, sekiranya istilah Siam digunakan, ia akan merujuk kepada orang Siam yang menetap di Kedah, Perlis, Perak dan Terengganu. Sekiranya Thai , ia akan merujuk kepada Thai Chiang Mai, Thai Songhkla, yang jelas sekali melambangkan .identiti masyarakat dari Thailand . Kepentingan dan hak-hak orang Siam termaktub dalam perlembagaan negeri Kedah, Perlis, Kelantan, Perak dan Terengganu. Kesemua undang-undang tersebut menggunakan istilah ‘Siam ’ dalam mencatat segala hak dan perlindungan bagi orang Siam dalam perlembagaan negeri. Selain itu, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, juga turut menggunakan perkataan ‘Siam’ di mana kod undang-undang tersebut memperuntukkan bahawa pihak kerajaan negeri harus melantik seorang penghulu dari kalangan masyarakat Siam setempat bagi mewakili masyarakat Siam di kawasan Pengkalan Hulu bagi mewakili masyarakat Siam di negeri Perak. Malahan di negeri Kedah dan Perlis terdapat sejenis dokumen yang dikenali sebagai Sijil Pertanian Siam yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri tersebut sebagai syarat untuk membolehkan masyarakat Siam di kedua-dua negeri tersebut memohon tanah yang diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu. Masyarakat Siam menghadapi masalah akibat penggunaan perkataan "Thais" termasuk untuk mendaftar persekolahan anak, memohon pelbagai lesen serta tidak layak melabur dalam Amanah Saham Bumiputera. Hanya kerana sijil kelahiran mempunyai perkataan 'Thais', mereka dilayan dan dianggap sama seperti rakyat dari Thailand dan secara langsung status warganegara mereka akan diragui. Malahan kadang-kala, ketika masyarakat Siam membuat permohonan untuk mendapatkan hak milik tanah pun, permohonan mereka ditolak kerana pihak kerajaan negeri beranggapan bahawa mereka adalah warganegara Thailand . 

Siam adalah Bumiputera 

Masyarakat Siam dikatakan telah diiktiraf sebagai golongan bumiputera, mempunyai taraf yang sama dengan masyarakat Portugis di Melaka dan juga masyarakat peribumi di Sabah dan Sarawak. Bumiputera ditakrifkan sebagai kumpulan manusia atau etnik yang wujud sebelum wujudnya sesebuah wilayah. Sejarah Melayu (TM 1612) karya Tun Sri Lanang menyebut bahawa negeri Genggayu (Khlang Kleo ) dibina oleh orang Siam yang terletak di hulu Sungai Johor. Pemerintahnya, Raja Chulan dianggap sebagai raja Besar segala raja di sebelah Timur ini. Dikatakan kesemua jajahan tertakluk pada baginda. Kerajaan Siam Gangga Negara dan Klangkeo telah ditakluki oleh Raja Benua Hindi dan kerajaan di Pahang telah ditewaskan oleh Melaka dan rajanya. Maharaja Dewa Sura dijadikan tawanan. Walaupun gagal memberikan tarikh sebagai satu fakta, Tun Sri Lanang menegaskan bahawa Genggayu ialah negeri Siam asli dan kerajaan ini masih wujud semasa beliau menyiapkan buku tersebut. ( Siri Neng Buah,1998; 3) Buku kod Undang-undang Monthrenraban 1360 menyebut satu negeri kota sebagai sebuah negeri jajahan takluk Siam dikenali dengan nama Wurawari terletak di Johor ( Siri Neng Buah; 1998: 3) . Ini adalah bukti kukuh yang mengatakan bahawa orang Siam telah lama berada di Semenanjung Tanah Melayu, menjalani kehidupan berkerajaan secara aman dan berperang dengan pihak lain dalam usaha meluaskan pengaruh. Malah sebelum pembukaan Melaka pada tahun 1400, terdapat sebuah negeri di selatan tanah air yang dinamakan Temasik dan pemerintahnya adalah seorang wakil dari kerajaan Siam yang dikenali sebagai Temagi . Selain itu, bukti sejarah tentang kewujudan orang Siam di sini juga teah Ibrahim Hassan (2002) dalam bukunya yang menyatakan :“Sungguhpun semenanjung ini telah dinamakan Tanah Melayu tetapi bukanlah orang-orang Melayu itu bangsal yang awal mendudukinya. Kerana orang-orang Melayu itu bangsa yang akhir sekali datang menduduki dan mendiami di dalamnya setelah didiami oleh beberapa yang lain lebih dahulu. Adapun bangsa yang lebih dahulu sekali mendiami di dalam Semenanjung Tanah Melayu, mengikut kenyataan dalam kitab-kita sejarah ialah orang-orang bangsa liar. Kemudian daripada itu diduduki oleh orang-orang Hindu yang datang dari negeri India . Setelah itu dikuasai pula oleh orang-orang Siam asli yang datang dari tanah Siam dan akhirnya baharulah kedatangan orang Melayu”.  (Ibrahim Haji Syukri, 2002: 6) Kerajaan Siam zaman Rattanakosin meluaskan pengaruhnya ke atas negeri-negeri Melayu di Utara semenanjung tanah air seperti di Patani, Kelantan, Perlis dan juga Terengganu. Malah negeri-negeri utara Semenanjung Tanah Melayu dikehendaki menghantar bunga emas setiap dua atau tiga tahun sekalI ke Bangkok sebagai tanda penghormatan dan kesetiaan kepada raja Siam . Bahkan kuasa Siam begitu jelas. Ini kerana perlantikan seseorang raja di negeri-negeri tersebut (kecuali Terengganu) harus disahkan oleh Maharaja Siam. Surat pengesahan dengan gelaran-gelaran tertentu bersama alat-alat kebesaran lain akan diberikan oleh Bangkok. Contohnya, setiap raja/sultan di Kedah bergelar Phya Ritthisongkrampakdi Sri Sultan Kedah Ratnananintarsurintha Wiwongsa, Phya Saiburi dan raja Perlis pula Phya Visedsongkram Ramwilismara Phya Perlis. Sultan Kelantan sebagai Phya Phipidphakdi Sri Sultan Phya Kalantan ( Siri Neng Buah, 1998: 5). Keraguan masyarakat Siam Malaysia terhadap isu bumiputera masih menjadi topik hangat sehingga kini. Akibat masalah ini, masyarakat Siam seringkali menghadapi masalah terutamanya sekali ketika ingin melabur dalam Amanah Saham Bumiputera, tidak boleh membeli tanah milik orang Melayu, Sesetengah pelajar Siam yang mahu memohon biasiswa Mara juga tidak berjaya kerana mereka dikatakan bukan golongan bumiputera. Di samping itu, masyarakat Siam juga tidak dapat membeli rumah mengikut harga Bumiputera. Sesetengah masyarakat Siam juga tidak boleh menjadi pegawai kerajaan atas alasan mereka bukan Bumiputera. Setahu beliau, bumiputera adalah penduduk asal yang sudah mendiami sesuatu wilayah sebelum terbentuknya sebuah negara bangsa yang berdaulat. Kesilapan fakta sejarah telah menyebabkan hanya orang Melayu sahaja yang dianggap sebagai bumiputera di Semenanjung Tanah Melayu. Malahan semenjak kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia, satu istilah baru dicipta untuk mengelirukan orang ramai iaitu peribumi. Peribumi dikatakan hanya merujuk kepada golongan penduduk asal yang berasal dari Sabah dan Sarawak saja yang dijamin hak dan keistimewaan mereka dalam perlembagaan persekutuan. Isu status bumiputera Siam merupakan agenda perjuangan utama masyarakat Siam Malaysia sejak sekian lama. Sejak belakangan ini, golongan elit Siam yang berpendidikan tinggi mula menuntut agar pihak kerajaan mengiktiraf mereka sebagai golongan bumiputera agar mereka dapat menikmati hak seperti golongan bumiputera yang lain. Masyarakat Siam di Malaysia masih lagi mundur jika dibandingkan dengan masyarakat bumiputera yang lain. Masih belum ada ahli parlimen, jutawan mahupun menteri kabinet dalam kerajaan Malaysia berbanding dengan masyarakat bumiputera yang lain seperti masyarakat Iban dan Kadazan yang mewakili kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak. Selain itu, jumlah masyarakat Siam dalam sektor kerajaan masih kurang jika dibandingkan dengan masyarakat lain. 

Sijil pertanian Siam satu bentuk diskriminasi.

 Sijil Pertanian Siam yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Kedah dan Perlis sejak dahulu lagi sebagai syarat untuk membenarkan seseorang yang berbangsa Siam layak untuk memohon Tanah Simpanan Melayu. Sijil Pertanian Siam hanya diberikan kepada golongan petani Siam sahaja. Orang Siam yang bekerja dengan sektor kerajaan pula tidak dibenarkan memohon sijil tersebut .  Walau bagaimanapun, Sijil Pertanian Siam telah dibubarkan oleh kerajaan negeri Perlis atas usaha Senator Siew Chun. Kini, hanya pihak kerajaan negeri Kedah yang masih memperkenalkan sijil tersebut kepada golongan petani Siam yang ingin memohon Tanah Rizab Melayu. Hampir 95 peratus masyarakat Siam yang menetap di negeri Kedah, Perlis, Perak, Kelantan, dan Terengganu adalah golongan petani. Akibat pengenalan Sijil Pertanian Siam, masyarakat Siam di negeri Kedah terpaksa menunggu dalam tempoh masa yang lama untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak kerajaan negeri Kedah untuk meluluskan status permohonan mereka. Selain itu, bayaran yang dikenakan pula agak tinggi iaitu sebanyak RM30 ringgit pada setiap kali permohonan dan RM50 pula dikenakan semasa mengambil Sijil Pertanian Siam. Beliau menyifatkan bahawa pengenalan Sijil Pertanian Siam adalah tidak wajar kerana semakin hari jumlah tanah yang dimiliki oleh masyarakat Siam setempat telah berkurangan kerana sering dijadikan tapak projek pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan negeri. Misalnya, projek pembinaan Universiti Teknologi Mara cawangan Kuala Nerang dan projek pembinaan lebuh raya di daerah Sik melibatkan pengambilalihan tanah tersebut oleh kerajaan negeri daripada masyarakat Siam setempat. Tambahan pula, masyarakat Siam di negeri-negeri tersebut sering kali menghadapi masalah sekiranya tanah yang dimiliki orang Siam dijual kepada orang Melayu tetapi yang menjadi masalah sekarang ialah apabila orang Melayu hendak jual tanah itu kembali kepada orang Siam. Masyarakat Siam yang berada di luar bandar amat bergantung kepada sektor pertanian untuk mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan seharian dan menyekolahkan anak-anak mereka. Peningkatan taraf hidup mendorong mereka untuk mengusahakan lebih banyak aktiviti pertanian untuk meneruskan hidup. Ini kerana, jika dibandingkan dengan masyarakat minoriti lain di Malaysia, jumlah kakitangan berbangsa Siam masih kurang berbanding dengan masyarakat minoriti lain. Namun pada masa kini, semakin ramai kerana masyarakat Siam pada masa kini sudah ada penghijrahan dari segi mental dan taraf hidup. Ujar beliau, larangan pihak kerajaan negeri mengecualikan masyarakat Siam setempat daripada memohon Sijil Pertanian Siam adalah tidak wajar. Hal yang demikian kerana, tanah merupakan aset terpenting pada masa kini. Peningkatan taraf hidup menuntut rakyat untuk mencari pendapatan sampingan untuk memenuhi keperluan hidup. Tambahan pula, kebanyakan kakitangan kerajaan yang berbangsa Siam yang membentuk mobiliti masyarakat Siam pada masa kini kebanyakan merupakan anak golongan petani. Siapakah yang akan mewarisi tanah pusaka sebuah keluarga Siam itu sekiranya kesemua anak–anak petani Siam pada hari ini menjadi kakitangan kerajaan dan swasta pada masa akan datang? 

Kemerdekaan memberi kesejahteraan kepada masyarakat Siam Malaysia 

’Merdeka bukan seperti burung dilepaskan dari sangkar, tetapi seperti seorang hamba dimerdekakan oleh tuannya, yang bererti hamba itu tidak lagi menjadi abdi, tidak diperlakukan sesuka hati oleh tuannya. Dia mempunyai hak untuk hidup,’ ujar beliau ’Kita tidak ada negara lain, inilah negara kita ”. Oleh itu, setiap masyarakat Siam di negara ini perlu menjaga dan jangan punahkannya, dan jangan rosakkan terutama perpaduan antara kaum dan agama. Katanya, kerana kemerdekaanlah nasib masyarakat Siam di Malaysia telah banyak berubah malah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan masyarakat minoriti lain seperti masyarakat Karen dan masyarakat Moro Filipina. Sehingga kini, kedua-dua masyarakat ini masih dinafikan hak kewarganegaraan mereka meskipun Myanmar dan Filipina mencapai kemerdekaan lebih awal daripada Malaysia. Tetapi, masyarakat Siam di Malaysia telah diberikan kewarganegaraan sebaik saja dilahirkan di sini. Apa yang dilihat oleh beliau ialah masyarakat Siam pada hari ini telah membangunkan diri mereka dalam berbagai aspek. Misalnya dalam bidang pekerjaan. Jika dulu, graduan lulusan universiti sekadar menjadi guru dan pegawai kerajaan berpangkat rendah, namun anak-anak muda Siam kini sudah menjadi doktor, jurutera, dan sebagainya. Apa yang membanggakan masyarakat Siam adalah apabila melihat mereka mula membentuk dan menganggotai persatuan politik misalnya Persatuan Belia Siam Malaysia dan Persatuan Siam Malaysia untuk menyuarakan kebajikan dan menuntut pihak kerajaan supaya memberikan taraf bumiputera sepenuhnya untuk masa depan masyarakat Siam Malaysia. Dari dulu, masyarakat Siam tinggal di kawasan pedalaman dan kampung, hanya bergiat diri dalam bidang pertanian tetapi pada masa kini, mereka mula melibatkan diri dalam bidang yang lebih mencabar dan kompleks, bukan sahaja dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya tetapi dalam arena politik. Misalnya, perlantikan Senator Datuk Charen Intachat sebagai senator masyarakat Siam yang telah merintis ke arah kemajuan masyarakat Siam dalam bidang sosial dan ekonomi. Dalam bidang pendidikan, sudah ada masyarakat Siam yang menjadi profesor. Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr Proom Promwichit merupakan orang Siam pertama dilantik menjadi profesor. Anak kelahiran negeri Perlis Indera Kayangan ini kini merupakan seorang profesor dalam bidang kimia di UKM. Meskipun lahir 4 tahun sebelum kemerdekaan beliau amat menghargai nikmat kemerdekaan yang dikecapi negara sepanjang 50 tahun ini. Kalau tidak kerana kemerdekaan, bangsa Siam di Malaysia sudah tentu tidak dapat mendapat warganegara Malaysia. Mungkin status kewarganegaraan mereka masih diragui. Tetapi, selepas kemerdekaan, pihak kerajaan Tanah Melayu telah melonggarkan syarat kewarganegaraan untuk mewujudkan keharmonian dan persefahaman dalam kalangan penduduk di Tanah Melayu ketika itu. Generasi Siam dahulu tidak memilih untuk menjadi warganegara Thailand kerana mereka mendakwa, mereka sudah lama menetap di sini. Malah, jika ditinjau dari sudut sejarah, negeri Kedah dalam bahasa Siam dikenali sebagai Saiburi. Beliau berpendapat sekiranya Raja Chulalongkorn tidak menyerahkan negeri-negeri Melayu Utara kepada British, Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu menjadi sebahagian daripada Thailand pada hari ini. Dalam usaha untuk membantu masyarakat Siam Malaysia, beliau ingin mewujudkan pusat ilmu dan pusat memberi maklumat serta pertolongan kepada masyarakat Siam dalam sumber kewangan dan ilmu. Untuk menambahkan ilmu pengetahuan mengenai masyarakat Siam Malaysia, beliau akan mengumpul semua penulisan dan menerbit buku mengenai kebudayaan dan asal-usul masyarakat Siam berdasarkan penyelidikan dan fakta sejarah daripada sumber tempatan dan Thailand. Selain itu, pusat ini juga sebagai sumber keagamaan untuk membantu kejahilan anak-anak muda tentang keagamaan sendiri yang sudah leka dengan duniawi daripada pathibat dhamma ( falsafah Buddha) yang sebenarnya. Setelah adanya pusat ini, sudah tentu beliau akan dapat membuat roadshow atau kempen kepada semua masyarakat Siam seluruh Malaysia dan objektif yang jelas serta sumber kewangan yang boleh diperolehi.  Selepas bersara, kemungkinan beliau berhasrat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Paling penting, kemajuan masyarakat Siam dan pendidikan anak-anak Siam yang bakal memajukan bangsa Siam pada masa akan datang. Sekiranya terpilih untuk menjadi pemimpin tertinggi masyarakat Siam di Malaysia, beliau akan memberi peluang semua anak-anak Siam yang layak menerima duit Yayasan Orang-orang Siam Malaysia tanpa mengira pangkat, nama atau keturunan. Dalam bidang pembangunan masyarakat Siam Malaysia, beliau akan berusaha mendapat projek atau pembangunan yang berguna kepada masyarakat tanpa mengira tempat Kelantan, Kedah, Perlis, Terengganu atau mana-mana. Selain itu, beliau juga bercadang untuk menubuhkan yayasan untuk anak-anak Siam dan tabung RuamThai yang bukan hanya meminta daripada institusi keagamaan tetapi sumber tersebut perlu dicari melalui projek yang membina kepada masyarakat Siam. Antaranya, idea menyewa bangunan atau rumah flat untuk anak-anak Siam yang belajar di bandar utama, bagi memudahkan mereka mendiami tanpa menyewa rumah seperti berlaku sekarang, di mana, anak-anak Siam terpaksa menyewa rumah dengan kadar yang tinggi. Bagi beliau tidak perlu peringkat antarabangsa, peringkat negeri atau kampung sudah mencukupi bagi membina taraf hidup masyarakat Siam. Beliau juga turut menggesa golongan yang berpendidikan dalam kalangan masyarakat Siam turut membantu masyarakat mereka sendiri untuk memajukan masyarakat Siam di Malaysia. Golongan inilah yang akan mencorakkan masa depan masyarakat Siam Malaysia. 

Masyarakat Siam sudah ’berhijrah’ 

Beliau berpendapat anak-anak Siam sekarang memang banyak peluang mendapat pendidikan dengan mudah, tetapi amat sayang sekali, masih ada anak-anak kampung leka dengan duniawi tanpa mengejar kemajuan atau ilmu pengetahuan yang senang dimiliki tanpa guna wang yang banyak. Peluang pendidikan yang luas pada masa kini seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh generasi muda Siam untuk memartabatkan bangsa mereka. Generasi muda Siam seharusnya sedar bahawa hanya pendidikan sajalah yang mampu mengubah nasib kita. Pendidikan akan menjadikan seseorang itu dihormati oleh nusa dan bangsa. Pada masa yang akan datang, masyarakat Siam akan mencapai kemajuan setaraf dengan masyarakat minoriti lain seperti masyarakat Portugis, masyarakat bumiputera di Sabah dan bumiputera di Sarawak . Apa pun beliau meminta semua masyarakat Siam bekerjasama dan buat apa-apa pun dengan niat yang baik dan ikhlas. Orang yang digelar tua janganlah pandang serong dengan anak-anak muda, kurang sedikit sifat ego dan berbaik-baik dengan mereka. Anak-anak sekarang perlu prihatin daripada orang-orang tua.  Masyarakat Siam pada hari ini telah buktikan keupayaan mereka, dari segi merit, sudah ramai masyarakat Siam yang hebat dan bagus. Mereka berjaya sejak sekian lama cuma tidakdiberi pengiktirafan saja. Apa pun , beliau gembira kerana masyarakat Siam pada masa kini sudah menerima banyak pengiktirafan daripada media cetak dan elektronik. Yang terbaru ialah perlantikan Dato’ Sawai sebagai Profesor Anjung di Universiti Utara Malaysia. 

Cintai ajaran Buddha dan bahasa Thai 

Ajaran Buddha telah dianuti oleh masyarakat Siam sejak dahulu lagi. Malah sehingga hari ini, kehidupan masyarakat Siam masih lagi terikat dengan kepada ajaran agama Buddha. Misalnya, masyarakat Siam di Malaysia berpegang kuat pada hukum karma, iaitu pembalasan terhadap perbuatan seseorang yang beragama Buddha pada kelahiran lalu.  Hukum karmalah yang kan menentukan takdir seseorang semasa hidup di dunia. Ajaran Buddha merupakan satu ajaran yang dapat memandu manusia ke arah kesejahteraan hidup. Menurut Siri, Buddha telah mengajar umatnya supaya menghindari 3 perkara dalam hidup :

At That Ni - Lari dari kemiskinan

At That No - jauhi daripada petualang

Na Tho -Jauhkan diri dari api neraka. 

Beliau berharap agar masyarakat Siam Malaysia mempraktikkan ajaran Buddha dalam kehidupan seharian untuk berjaya dalam hidup. Ini kerana, ajaran Buddha akan menjadikan seseorang insan yang beragama Buddha menjadi insan yang berdisiplin kerana ajaran Buddha merupakan satu ajaran yang amat menitikberatkan kesejahteraan hidup. Siri menyeru agar masyarakat Siam Malaysia juga seharusnya belajar untuk menguasai bahasa Thai kerana bahasa melambangkan bangsa. Malah penguasaan Bahasa Thai akan membolehkan mereka memahami ajaran Theravada Buddha kerana bahasa Thai merupakan bahasa pengantar dalam pengajaran agama Buddha. Di samping itu, penguasaan Bahasa Thai sebagai bahasa tambahan akan memudahkan seseorang individu mendapat pekerjaan. Ini kerana proses pembentukan dunia tanpa sempadan telah menuntut masyarakat dunia untuk mempelajari bahasa lain untuk memudahkan urusan komunikasi dan pengurusan dalam bidang pekerjaan. 

Keperibadian Siri Neng Buah Peribadi terpuji 

Siri Neng Buah adalah seorang masyarakat Siam yang dilahirkan dalam sebuah keluarga petani. Kemiskinan hidup menjadikan beliau seorang yang sederhana tetapi mempunyai perwatakan yang baik. Dengan asuhan yang sempurna, membentuk peribadinya sehingga mampu menerajui sebuah agensi kerajaan iaitu selaku Pengarah Bahagian Warisan Budaya, di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Siri mendapat pendidikan berterusan sejak peringkat rendah hinggalah universiti. Dengan pergaulan bebas dan menyeluruh itu, menjadikan beliau mudah didampingi dan secara tidak langsung menunjukkan jiwa yang tidak sombong. Oleh itu ,beliau sangat disegani oleh semua masyarakat Siam Malaysia. Di Kedah, Perak, Kelantan , Perlis dan sebagainya. 

Bijak menyesuaikan diri

 Jika dikaji dari segi kehidupan, Siri jarang dapat bergaul dengan masyarakat Siam, iaitu bangsanya sendiri. Ini disebabkan oleh kehidupan beliau yang sering bergaul dengan masyarakat Melayu. Ini kerana, masyarakat Siam adalah masyarakat minoriti di Malaysia. Malah jika dikaji dari aspek sosial, jumlah masyarakat Siam yang melibatkan sektor kerjaaan dan swasta masih rendah. Namun sejak kebelakangan ini, masyarakat Siam Malaysia sudah mula mengalami penghijrahan dari segi sosial dan ekonomi. Semakin ramai generasi muda Siam yang mula berkhidmat dengan sektor kerajaan dan swasta. Namun dengan keadaan sebegitu, beliau bijak menilai kehidupan kaum lain yang jauh lebih baik. Misalnya, kehidupan masyarakat cina yang lebih maju. Pada pendapat beliau, faktor utama yang menjadikan mereka mempunyai kehidupan yang lebih maju adalah kerana mereka sangat rajin bekerja dan tidak mengharapkan bantuan kerajaan. Sejak kecil lagi, Siri Neng Buah sentiasa bergaul dengan rakan–rakan dan dari situ, beliau mudah untuk menyesuaikan diri dengan bangsa lain. Dari situlah berputiknya persefahaman antara kaum lain. Dengan pergaulan sedemikian, beliau dapat mempelajari dan memahami adat resam kaum lain. Pergaulan yang mesra dengan masyarakat Cina sedikit sebanyak membolehkan beliau berbahasa Hokkien dan Mandarin. Bagi beliau, seseorang individu akan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat lain sekiranya boleh menguasai bahasa ibunda kaum tersebut. 

Perwatakan sederhana

 Siri Neng Buah mempunyai perwatakan peribadi yang sederhana dan disenangi semua pihak. Penampilan beliau kemas dan bergaya sejajar dengan sikapnya yang tegas dan berkepimpinan. Beliau mempunyai kaedah tersendiri ketika berdiplomasi dengan masyarakat sekeliling, para sami dan juga staff di pejabat beliau berkhidmat. Siri juga sentiasa bergaul dengan semua pihak sama ada kaya atau miskin dan tua atau muda. Timbalan Ketua Sami Buddha Kedah/ Perlis, Phrakhru Visutthasillakhun, berkata ‘Siri adalah seorang yang amat merendah diri meskipun beliau merupakan seorang pegawai yang berpangkat tinggi’. 

Sikap Suka Membantu 

Sejak kecil, Siri Neng Buah telah menjalani kehidupan yang susah. Sebagai anak peladang, kemiskinan telah menginsafkan beliau untuk terus maju. Oleh itu, beliau sering menerapkan rasa saling bantu membantu dalam jiwanya terutamanya kepada golongan miskin. Sememangnya, Siri memahami kehendak semua lapisan masyarakat. Kesusahan yang dialami beliau menyebabkan timbul rasa simpati ke atas rakyat Malaysia yang susah. Hanya setelah memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan, beliau dapat membantu golongan yang memerlukan pertolongan. Oleh itu, bantuan yang disalurkan oleh kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan digunakan sebaik-baiknya untuk membantu masyarakat. 

Mempunyai jati diri yang kukuh 

Meskipun beliau berada dalam persekitaran sosial yang dikelilingi oleh masyarakat Melayu, beliau masih lagi mengekalkan jati diri sebagai bangsa Siam. Beliau masih lagi boleh berbahasa Thai Kelantan dan juga Bahasa Melayu dialek Pantai Timur terutamanya dengan ahli-ahli kumpulan Kesenian Sunan Sri Wijaya. Inilah yang menyebabkan beliau disenangi oleh rakan–rakan dan juga masyarakat Siam Malaysia.  Selain itu, beliau juga mampu menguasai bahasa Thai dengan baik melalui pembacaan dan penulisan dalam bahasa Thai. Hasil didikan sempurna beliau yang dihabiskan di sekitar wat membolehkan beliau fasih dalam bahasa tersebut. Malah untuk membuktikan kecintaan beliau terhadap bangsanya, beliau telah berusaha untuk menerapkan kebudayaan Siam sebagai salah satu warisan negara. Beliau telah berjaya mempamerkan kebudayaan masyarakat Siam Malaysia melalui Pesta Citrawarna dan Program Merakyatkan Seni. Usaha tersebut adalah selaras dengan usaha pihak kerajaan untuk memperkenalkan kebudayaan Malaysia kepada dunia. 

Mempunyai kebolehan yang unik. 

Siri merupakan seorang aktivis budaya bukan Melayu boleh menjadi pengkritik budaya masyarakat Melayu meskipun secara lahiriahnya, beliau tidak berbangsa Melayu, sebaliknya berdarah Siam tulen. Pelik tapi benar, tetapi itulah hakikatnya. Selain boleh mencipta pantun dan sajak, beliau juga boleh menghafal dialog Mak Yong dalam bahasa Kelantan Pekat atau Kelantan Barat dengan mahir sekali seiring dengan persembahan Mak Yong. Selain itu, kebolehan beliau memegang watak sebagai dalang wayang kulit juga merupakan bakat yang luar biasa kerana tidak semua insan yang dilahirkan di dunia ini dikurniakan dengan bakat yang sebegitu unik. Adakah generasi muda Siam akan dapat mewarisi bakat beliau? 

Kesimpulan. 

Siri Neng Buah merupakan insan yang banyak menyumbangkan idea dalam usaha untuk memperkembangkan warisan seni budaya negara. Selain itu, beliau juga merupakan insan yang paling banyak memberikan dorongan kepada masyarakat Siam Malaysia mengubah minda mereka agar berusaha untuk membangunkan diri melalui pendidikan. Penglibatan beliau dalam bidang warisan yang disalurkan melalui organisasi dan jawatan yang pernah dan sehingga kini yang disandang oleh beliau. Kebolehan anak Siam mendalami dan menghayati bidang warisan seni budaya Melayu adalah sesuatu yang luar biasa kerana kita jarang sekali melihat kaum lain yang bukan Melayu boleh menghasilkan sajak, gurindam dan pantun yang begitu unik setanding dengan orang Melayu sendiri. Pelik tapi benar, seorang bangsa Siam dapat menguasai warisan seni budaya masyarakat lain. Beliau juga telah menjalankan beberapa kajian tentang masyarakat Siam Malaysia untuk memberikan pengetahuan tentang asal-usul masyarakat Siam di Malaysia. Hasil kajian beliau pada masa kini sudah menjadi bahan rujukan kepada para penyelidik tempatan dan luar negara yang ingin mengkaji tentang masyarakat Siam Malaysia. Sehingga kini, semangat beliau dalam memartabatkan seni budaya negara tidak pernah padam. Malah sentiasa berkobar-kobar sehingga kini. Jika dilihat, beliau masih aktif dalam organisasi-organisasi seni seperti Kelab Kesenian Sunan Sri Wijaya dalam mempersembahkan seni tradisi negara terutamanya dalam bidang seni persembahan seperti wayang kulit. Malah, beliau seringkali dijemput untuk menjadi panel dalam forum-forum berkaitan dengan bidang kesusasteraan Melayu. Dalam bidang sosial, beliau telah melahirkan kesedaran di kalangan masyarakat Siam Malaysia tentang kepentingan penubuhan persatuan-persatuan masyarakat untuk menjaga kepentingan mereka. Sejak penubuhan persatuan-persatuan sosial dalam masyarakat Siam, masyarakat Siam sudah mula berusaha untuk memajukan diri mereka melalui bidang pendidikan dan ekonomi agar mereka dapat bersaing dengan golongan bumiputera yang lain. Semoga, usaha beliau dapat dijadikan petunjuk kepada masyarakat Siam dan meneruskan usaha beliau pada masa akan datang. (Keterangan gambar) Mek Kechiom Eh Preng, permaisuri hidup Siri Tharnarin Suksai, putera kedua Siri Nettra Nitirin Suksai, puteri tunggal Siri  Bersalaman dengan wakil yayasan Phrakwichianmoly. Songkhla,Thailand ketika lawatan ke perkampungan masyarakat Siam Di Padang Peliang.  Menyampaikan ucapan aluan kepada para hadirin  Menyampaikan sert ( mahkota menora) kepada ketua pengajar tarian kebudayaan Pekemas, Encik. Isin a/l Ayong (Menora Chai) Bersama pemimpin masyarakat Siam Kedah Bersama Razak Ramli, ahli fotografi  Menyampaikan ucapan sempena pelancaran Kempen BudiBahasa,Bergambar bersama Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad dan wakilmasyarakat Siam seluruh Malaysia ketika lawatan rasmi perdana menteri ke KampungTiti Akar pada 4 Januari 1996. Tun Dr. Mahathir diiringi oleh Dato’ Charen Intarchat membina tugu sebagaitanda lawatan rasmi beliau bersama masyarakat Siam Malaysia pada 4 Januari 1996.,Bersama masyarakat Siam di Bukit Selambau ketika kempenpilihanraya DUN Bukit Selambau( sumber ; http://utusan.com.my/utusan) Merasmikan majlis pelancaran Boria Warisan KitaMelancarkan blog Boria Warisan Kita sambil diiringi oleh Omar HashimSiri ( dua dari kiri) membentangkan kertas kerja bersama Dr Anwar Ridwan, DrMuhammad Salleh dan Puan Rohani Yusof pada seminar Sasterawan DalamPembinaan Peradaban Malaysia di ASWARA.(Sumber ; http://www.utusan.com.my/utusan/info).

 Bibliografi.Kertas kerja persidangan.

Siri Neng Buah.(1998): ‘Sejarah dan Persoalan Citra Budaya MasyarakatSiam Malaysia ’ dibentangkan dalam Seminar Kepimpinan Masyarakat SiamMalaysia di negeri Kelantan pada 10 September 1998 dianjurkan oleh PersatuanThai Kelantan : Pulau Pinang: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian PulauPinang, 

Buku rujukan.

Vinokur G, Biografio I Kultura , 1997.Great Soviet Encycloppedia, USA,Macmillian Educational Corporation, hlm 67Ibrahim Syukri, 2002. Sejarah Kerajaan Melayu Patani, Penerbit UKM, hlm 6Ummadevi Suppiah.2004.Tun Sambanthan: Pemimpin BerjiwaRakyat.Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur . 

Keratan akhbar

Bernama, Government Never Ignored Minorities in Malaysia , , 16.12.2008Masyarakat Siam ikrar terus sokong BN, December 2, 2008, Utusan MalaysiaThe Star, RM178,000 presented to Siamese groups, April 25, 2007Masyarakat Siam bangga jadi rakyat Kelantan Mohd Yusri Amin, May 4, 2008, Harakah 

Laman web

.http://ruamthai.net/index.php?option=com_content&task=view&id=80&Itemid=1http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0406&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_03.htm 

Latihan ilmiah

Oui Bee Chu, 2000, Peranan Eyo Hock Seng Sebagai DalangWayang Kulit Kelantan. Latihan Ilmiah,Jabatan Pengajian Media, UniversitiMalaya.Redwan Abd Aziz, 2004. Biografi Profesor Diraja Ungku Aziz. Latihan Ilmiah,Jabatan Pengajian Media, Universiti MalayaHajar Wahab.2006. Biografi Profesor Dr Koo Kay Kim. Latihan Ilmiah.Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya 

Temuramah

Siri Neng Buah pada 10 Januari 2009.Siri Neng Buah pada 14 Februari 2009.Siri Neng Buah pada 28 Februari 2009.Puan Siti Asiah Kancana Abdullah ( Bekas Pensyarah Bahasa Thai di Fakulti Bahasadan Lingustik, Universiti Malaya.En Bunyin Ai An (Pengerusi Persatuan Siam Kedah) pada 28 Februari 2009. En Manit See Nam (Pengerusi Persatuan Kebudayaan Masyarakat Siam Negeri Kedah – Pekemas) pada 28 Februari 2009.

Last Updated ( Saturday, 10 September 2011 11:23 )
 

Pesta Loy Krathong 2010

E-mail Print PDF

Program ini merupakan program “Focus Group” untuk masyarakat Siam yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Kedah dengan kerjasama Komuniti BESTARI Masyarakat Siam Pendang. Pihak penganjur  memilih Pesta Loy Krathong sebagai program ‘Focus Group’ kerana lazimnya program ini mendapat sambutan daripada masyarakat Siam.  

Pesta Loy Krathong merupakan satu perayaan masyarakat Siam sejak turun temurun sebagai tanda penghargaan kepada Dewi Air atau Mea Khongkha kerana menyediakan air kepada para petani untuk aktiviti pertanian. Pesta ini akan dianjurkan pada setiap 15hb 12 tiap-tiap mengikut kalender lunar Siam bersamaan dengan 21 November 2010 pada tahun ini.

 

Pesta ini akan dianjurkan pada 21 November 2010 di Wat Thepsuwannaram, Kg. Wat Padang Peliang, Pendang, Kedah.

 

Aturcara Majlis

9.00 pagi - 6.00 petang : Pertandingan bola tampar persahabatan

5.00 ptg - 7.00 ptg : Pertandingan gubahan Krathong (Krathong mesti sampai ke wat sebelum 5.00 ptg)

7.00 ptg - 8.00 mlm : Persembahan Band belia Siam tempatan

8.00 mlm - 8.20 mlm : Upacara keagamaan (Suat Krathong)

8.20 mlm - 9.00 mlm : Ketibaan para jemputan (band diteruskan sehingga majlis perasmian)

9.00 mlm - 9.10 mlm : Persembahan Seni Gendang Panjang Kg. Cina

9.10 mlm - 9.30 mlm : Ucapan aluan oleh Pengarah Penerangan Negeri

9.30 mlm - 9.40 mlm : Persembahan Tarian Tradisional Siam

9.40 mlm - 10.00 mlm : Ucapan oleh Penyelaras Parlimen Pendang (Datuk Paduka Md Rozai)

10.00 mlm - 10.10 mlm : Persembahan Seni Gendang Panjang Kg. Titi Akar

10.10 mlm - 10.30 mlm : Ucapan Perasmian oleh YB Pn Suraya Bt Yaakob, ADUN Sg. Tiang

10.30 mlm - 10.40 mlm : Persembahan Menora Kg. Titi Akar

10.40 mlm - 11.00 mlm : Penyampaian cenderamata

11.00 mlm - 11.30 mlm : Perarakan Krathong ke Sungai (band diteruskan)

12.00 mlm - 1.00 pg : Cabutan Bertuah dan band diteruskan.

1.00 pg : bersurai

 

 

Last Updated ( Wednesday, 03 November 2010 11:43 )
 

Kesultanan Negeri Kedah (Kedah Sultanate)

E-mail Print PDF
Kedah Sultanate

Around 170 CE a group of native refugees of Hindu faith arrived at Kedah, joining them soon were peoples from nearby islands and from the northern Mon-Khmer region. Ancient Kedah covered the areas of Kuala Bahang, Kuala Bara, Kuala Pila and Merpah, and the inhabitants of Kedah appointed Tun Derma Dewa and Tun Perkasa as their village chiefs.

In the year 630 CE, Maharaja Derbar Raja of Gemeron (now known as Bandar Abbas) in Persia was defeated in battle and escaped to Sri Lanka, and he was later blown off course by a storm to the remote shores of Kuala Sungai Qilah, Kedah. The inhabitants of Kedah found him to be a valiant and intelligent person, and they made him the king of Kedah. In the year 634 CE, a new kingdom was formed in Kedah consisting of Persian royalty and native Malay of Hindu faith, the capital was Langkasuka.
In the early days, Kedah was known by the Indians as Kedaram, Kidaram, Kalagam and Kataha, and Kalah or Kalaha by the Persians.In the 7th and 8th centuries, Kedah was under the domination of Srivijaya, and was later under SIAM, until the rise of the Malay sultanate of Melaka in the 15th century. In the 17th century, Kedah was attacked by the Portuguese after their conquest of Melaka, and by Aceh. In the hope that Great Britain would protect what remained of Kedah from Siam, the sultan handed over Penang and then Province Wellesley to the British at the end of the 18th century. The SIAMESE nevertheless conquered Kedah in 1811, and it remained under Siamese control until transferred to the British by the Anglo-Siamese Treaty of 1909.
Last Updated ( Sunday, 18 July 2010 13:59 ) Read more...
 

Penjelasan JPN tentang istilah bangsa Siam/Thai.

E-mail Print PDF
From: This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it
To: This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it
Cc: This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it ; This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it
Sent: Wednesday, June 30, 2010 10:55 AM
Subject: Re: Fw: Pertanyaan perbezaan 'Siam' dan 'Thai' dalam kategory bangsa di dalam Surat Beranak


Tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Untuk makluman tuan, keturunan siam bermaksud keturunan Thailand yang ibu bapanya dilahirkan di Malaysia manakala keturunan Thai adalah ibu bapanya pemegang passport Thailand dan lahir di Thailand. Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan ingin menukar keturunan anak tuan mengikut keturunan tuan dan isteri, tuan boleh memohon cabutan sijil kelahiran yang baru dengan keturunan siam di JPN berhampiran.

Sekian, harap maklum.

Terima kasih.
Raslina bt Yahya
Penolong Pengarah
Bhg. Kelahiran, Kematian & Anak Angkat
Jabatan Pendaftaran Negara
DL : +603-8880 7835
Fax : +603-8880 7870
Email : This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 4
Logo

Terkini di Forum


Berita Semasa

Pada 25.2.2012, PM akan hadir ke Program Karnival Kasih bersama masyarakat Siam Kedah di Kg. Tok Set, Pendang, Kedah.

Pada 13 - 15.4.2012, masyarakat Siam seluruh Kedah akan menyambut Pesta Songkran 2012.