Home

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyumbang satu set gendang panjang kepada Pekemas.

Thursday, 18 February 2010 16:53 Manit Sripradit
Print

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, YB Dato' Sri Utama Dr. Rais Yatim telah menyumbangkan satu set gendang panjang berharga RM1,600.00 kepada Pekemas dalam Majlis Sepakat Bestari 1Malaysia di Sek. Keb. Charok Kudung, Pendang, Kedah pada 7 Februari 2010.

Walaupun beliau tak dapat hadir ke program bersama masyarakat Siam di Wat Padang Peliang, beliau masih menyumbangkan satu set gendang panjang kepada kita dan beliau juga mohon maaf kerana kesuntukan masa. Beliau terpaksa berlepas ke Jelebu dengan flight jam 5.40 petang setelah 2 hari beliau berada di Kedah.

Pada 6.2.2010 jam 2.00 petang, YB Menteri menghadiri program Juara Rakyat peringkat negeri Kedah di Sek. Men. Sanglang dan pada sebelah malam beliau menghadiri Majlis Malam Budaya di Sungai Petani. Pada 7.2.2010 pagi beliau menghadiri Majlis Perasmian Pameran bergerak Koleksi Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Rumah Malaysia, Alor Setar. Jam 2.00 petang beliau menghadiri Program Sepakat Bestari anjuran jabatan Penerangan Negeri Kedah di Sek. Keb. Charok Kudung, Pendang.

Pada mulanya YB Menteri akan dibawa berjumpa dengan masyarakat Siam daerah Pendang di Pusat Kebudayaan Masyarakat Siam, Kg. Wat Padang Peliang, Pendang, Kedah. Program tersebut terpaksa dibatalkan kerana YB Menteri kesuntukan masa.

Saya juga telah membawa Nai Reang, Penyelaras Masyarakat Siam Daerah Pendang untuk berjumpa secara peribadi dengan YB Menteri. Nai Reang menyampaikan sepucuk surat memohon penganjuran Pesta Songkran setiap tahun di Kedah dengan kos RM30,000 setahun daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Nampaknya respon YB Menteri agak positif dalam perkara tersebut setelah Nai Reang memberi penjelasan tentang pesta tersebut kepada YB Menteri.

Last Updated ( Thursday, 18 February 2010 17:28 )