Home

Perjalanan seorang pemimpin Siam kerdil ke Putrajaya untuk membela nasib bangsa.

Wednesday, 21 July 2010 10:35 Manit Sripradit
Print
Pada malam 18 Julai 2010, saya bertolak dari rumah ke Stesen bas Shahab Perdana, Alor Setar untuk menghadiri Mesyuarat Focus Group berkaitan Bajet 2011 di Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya pada 19 Julai 2010 jam 2.30 petang. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YB Dato' Ir Donald Lim Siang Chai, Timbalan Menteri Kewangan I.

Dari Shahab Perdana, saya bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 12.00 mlm dan sampai di Stesen Bukit Jalil pada jam 6.00 pagi. Saya tinggalkan kereta di Shahab Perdana (risiko hilang agak tinggi tapi terpaksa). Dari Bukit Jalil saya bertolak ke pejabat En. Siri Neng Buah di Jabatan Warisan Negara di Jalan Conlay Off Jalan Raja Chulan dengan LRT dan sampai pada jam 7.30 pagi.

Saya ke kantin dulu sebelum saya ke pejabat En. Siri Neng Buah dan tunggu beliau di ruang tetamu sebab beliau belum sampai. Jam 9.00 pagi, baru dapat berjumpa En. Siri Neng Buah. Saya pun berbincang dgn En. Siri Neng Buah tentang keperluan masyarakat Siam dalam Bajet 2011.

Bila En. Siri teliti beberapa dokumen yang saya bawa sebagai persiapan, beliau terus bersuara untuk ikut saya pergi ke mesyuarat tersebut. Dalam masa yang sama, saya terus melantik beliau sebagai Ahli Kehormat Pekemas untuk melayakkan beliau dapat serta atas nama Pekemas. Beliau sanggup membatalkan semua program beliau dan mewakilkan salah seorang pegawai untuk mengganti beliau dalam program rasmi jabatan. Sementara beliau pergi ke Putrajaya bersama saya demi perjuangan untuk masyarakat Siam seluruh Malaysia.

Kami sampai di Putrajaya pada jam 2.15 petang tanpa sempat untuk makan tengahari. Sebab En. Siri perlu mengendalikan mesyuarat di pejabatnya terlebih dahulu pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tghari.

Kehadiran ke Mesyuarat Focus Group tersebut seramai lebih kurang 20 orang pemimpin NGO. Agenda mesyuarat tersebut ialah pihak Kementerian Kewangan Malaysia ingin mendengar pandangan dan cadangan NGO yang mewakili kumpulan minoriti dalam peruntukan Bajet 2011. Setiap NGO diberi peluang meluahkan pandangan dan cadangan tanpa had masa.

Pihak Pekemas telah melontarkan beberapa pandangan dan cadangan, antaranya ialah:-
1. Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Kaum Minoriti di bawah Jabatan Perdana Menteri.
2. Kekalkan jawatan Senator kepada masyarakat Siam.
3. Menyediakan kemudahan asas di perkampungan Siam.
4. Menyediakan dana komputer untuk masyarakat Siam.
5. Menyediakan kawasan riadah untuk masyarakat Siam.
6. Menyediakan peruntukan pembangunan dan pentadbiran Wat Siam.
7. Menyediakan peruntukan pembangunan dan pentadbiran Sekolah Bahasa Siam.
8. Menyediakan penempatan baru kepada masyarakat Siam ekoran kekurangan tempat utk membina rumah.
9. Membenarkan masyarakat Siam memiliki lesen kontraktor kelas F kerana Siam juga adalah kaum Bumiputera.
10. Sedaikan dana khas utk IKS di kalangan masyarakat Siam.
11. Sediakan pinjaman dan bantuan kewangan kepada peniaga keturunan Siam.
12. Membenarkan kaum Siam terlibat dalam program FELDA dan FELCRA. Sediakan sebidang tanah utk setiap keluarga kaum Siam.
13. Berikan biasiswa kepada pelajar Siam yang layak.
14. Benarkan pelajar Siam yang kurang berjaya di Sekolah Latihan Vokasional.
15. Sediakan peruntukan tusyen kepada pelajar Siam yang kurang mampu.
16. Mohon pengiktirafan pergerakan pelajar2 IPT Siam yang dikenali RUAMTHAI. Sediakan peruntukan untuk mereka menganjurkan aktiviti sosial bagi meningkatkan kemajuan pendidikan di kalangan pelajar Siam.

Inilah 16 perkara yang telah kami suarakan dalam mesyuarat tersebut dan satu salinan sebanyak 4 muka surat saya serahkan kepada YB Timbalan Menteri Kewangan I. Beliau juga memberi respon positif terhadap beberapa cadangan kami antaranya penubuhan Jabatan Hal Ehwal Kaum Minoriti, jawatan Senator utk kaum Siam dan peruntukan kepada wat dan Sekolah Bahasa Thai.

Habis mesyuarat pada jam 4.30 petang, kami tumpang kereta Dato' Hj. Aliasak Hj Ambia, bekas Tim. Ketua Pengarah RISDA yg juga Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia ke stesen LRT di Putrajaya dan terus ke KL Central.

Pada jam 6.00 petang barulah kami menikmati jamuan makan tengahari di KL Central sebelum saya dan En. Siri berpisah. En. Siri balik ke pejabat sementara saya ke Stesen Bas Bukit Jalil untuk balik ke Alor Setar. Saya sampai di rumah pada jam 3.00 pagi. Kerana masyarakat kita perlu berkorban, kita tak perlu ambil kisah orang nampak atau tidak. Yang pasti kita tahu siapa diri kita sebenar.
Last Updated ( Wednesday, 21 July 2010 10:48 )