Pekemas telah diminta untuk menyediakan seramai 20 orang penari bagi menyertai Program Cuti-cuti Malaysia Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur pada 6 Disember 2009 ini. Program tersebut akan dirasmikan oleh isteri YAB Perdana Menteri.
Pihak Pekemas sedang mengumpul penari-penari dan latihan tarian akan diberikan oleh jurulatih yang terlatih. Semoga penampilan team Pekemas kali ini dapat mempromosikan kebudayaan kita di peringkat Kebangsaan seperti Citrawarna yang lepas.
