
Pada 20 Jun 2009, jam 5.30 ptg, PSK telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa PSK Bil. 2/2009 di Pusat Kebudayaan Masyarakat Siam, Kg. Wat Padang Peliang, Pendang, Kedah.
Dalam mesyuarat tersebut, pihak Jawatankuasa PSK telah memutuskan penubuhan Koperasi PSK Berhad bagi menjana pertumbuhan ekonomi di kalangan masyarakat Siam Kedah. Tujuan penubuhan koperasi PSK Berhad adalah untuk menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada masyarakat Siam Kedah. Mesyuarat telah memutuskan perlantikan En. Bun Yin (Pengerusi), En. Tang Edam (Bendahari) dan En. Ai Cha Ran (Ketua Biro Ekonomi) sebagai penaja.








Kumpulan Gendang Panjang PEKEMAS telah mengadakan persembahan di Program Merakyatkan Seni Peringkat Daerah Sik pada 30 Mei 2009 di Padang Awam, Sik, Kedah. Seramai 10 orang ahli kumpulan menyertai persembahan tersebut. Program tersebut dirasmikan oleh YB Mohd Tajudin, ADUN Belantek.