Persatuan Kebudayaan Masyarakat Siam Negeri Kedah (PEKEMAS)

KEBUDAYAAN TERAS PERPADUAN

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home

Penubuhan Koperasi PSK Berhad.

E-mail Print PDF

Pada 20 Jun 2009, jam 5.30 ptg, PSK telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa PSK Bil. 2/2009 di Pusat Kebudayaan Masyarakat Siam, Kg. Wat Padang Peliang, Pendang, Kedah.

Dalam mesyuarat tersebut, pihak Jawatankuasa PSK telah memutuskan penubuhan Koperasi PSK Berhad bagi menjana pertumbuhan ekonomi di kalangan masyarakat Siam Kedah. Tujuan penubuhan koperasi PSK Berhad adalah untuk menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada masyarakat Siam Kedah. Mesyuarat telah memutuskan perlantikan En. Bun Yin (Pengerusi), En. Tang Edam (Bendahari) dan En. Ai Cha Ran (Ketua Biro Ekonomi) sebagai penaja.

Last Updated ( Monday, 22 June 2009 02:39 ) Read more...
 

Kunjungan hormat MB Kedah.

E-mail Print PDF

Alor Setar, 21 Jun 2009: Seramai 6 orang ahli Jawatankuasa Persatuan Siam Kedah telah melakukan kunjungan hormat kepada YAB Menteri Besar Kedah. YAB Menteri Besar Kedah berpendapat sepatutnya beliaulah yang perlu pergi berjumpa dengan pemimpin-pemimpin masyarakat Siam Kedah. Beliau amat mengalu-alukan kehadiran pemimpin-pemimpin PSK.

Last Updated ( Monday, 22 June 2009 02:40 ) Read more...
 

Pengerusi PSK melawat mangsa kebakaran di Kilang Tebu, Alor Setar.

E-mail Print PDF

ALOR SETAR - 27 Mei 2009: En. Bun Yin a/l Ai An merangkap Pengerusi PSK bersama-sama wakil Datuk Latt Shariman Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah merangkap Pegawai Tugas-tugas Khas kepada YAB Perdana Menteri Malaysia melawat mangsa kebakaran di Kilang Tebu (Barn Tai), Alor Setar, Kedah pagi tadi. Turut serta ialah Pengerusi PEKEMAS.

Last Updated ( Thursday, 04 June 2009 07:21 ) Read more...
 

Program Merakyatkan Seni Peringkat Daerah Sik

E-mail Print PDF

Kumpulan Gendang Panjang PEKEMAS telah mengadakan persembahan di Program Merakyatkan Seni Peringkat Daerah Sik pada 30 Mei 2009 di Padang Awam, Sik, Kedah. Seramai 10 orang ahli kumpulan menyertai persembahan tersebut. Program tersebut dirasmikan oleh YB Mohd Tajudin, ADUN Belantek.

 

Last Updated ( Sunday, 31 May 2009 08:50 ) Read more...
 

Bantulah saudara kita.

E-mail Print PDF

SUNGAI PETANI 26 Mei _ Seorang suri rumah, Somchit Etim, merayu simpati orang ramai menghulurkan sumbangan bagi membolehkan bayi lelakinya, Yanakphart Sharin, 11 bulan menjalani pembedahan penyakit jantung berlubang yang dialaminya sejak lahir.

Last Updated ( Wednesday, 27 May 2009 07:45 ) Read more...
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 4

Undi

Adakah anda setuju pembukaan ladang ternak babi secara besar-besaran di Kg. Cina Mk. Padang Kerbau, Pendang, Kedah?
 

Terkini di Forum

Siapa Online

We have 8 guests online

Berita Semasa

Musim Khao Phansa di kalangan Sami Bhuddha pada tahun ini akan bermula pada 8 Julai 2009 selama 3 bulan. Sami Buddha akan berada di dalam kawasan wat selama tempoh Phansa dan tidak boleh bermalam di kawasan lain kecuali ada hal mustahak dan tidak lebih daripada 7 malam.